Topic followed successfully
Go to BHkuPemimpin buruh, majikan letak keyakinan kepada BELANJAWAN
Premium
Pemimpin buruh, majikan letak keyakinan kepada BELANJAWAN
Menjelang Belanjawan 2021, tiga persoalan penting yang bermain di minda ramai warga Singapura - adakah bantuan seperti Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) akan dilanjutkan, apakah jurang sosial yang perlu dirapatkan dalam mencapai jaringan keselamatan sosial lebih kukuh serta apakah negara ini akan perlu memanfaatkan rizabnya lagi? BERITA HARIAN meninjau.
Feb 15, 2021 | 5:30 AM
Pemimpin buruh, majikan letak keyakinan kepada BELANJAWAN
ALU-ALU SKIM BANTUAN PEKERJAAN: Syarikat penyedia khidmat perkahwinan Muslim Delights antara yang meraih manfaat daripada Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang ditubuhkan pada Februari tahun lalu bagi membantu majikan membayar sebahagian daripada gaji bulanan pekerja. JSS, yang bernilai $26.9 bilion, dilihat sebagai penyelamat terbesar bagi perniagaan dan pekerja di tengah-tengah pandemik ini. - Foto fail -
Senarai keinginan termasuk lanjutan sokongan gaji, tokokan Kredit Perusahaan SkillsFuture untuk percepat transformasi perniagaan dan sokongan bagi peningkatan kemahiran pekerja
PEMIMPIN buruh dan majikan meletakkan keyakinan terhadap Belanjawan akan datang ini, memandangkan pemberhentian kerja dan penyusunan semula kemungkinan berterusan tahun ini, terutama dengan subsidi gaji di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) akan berakhir bulan depan.

