SEDANG ekonomi bersedia bagi tahap pemulihan selanjutnya, peralihan kepada pendigitalan bukan sekadar satu keinginan tetapi kini menjadi satu keperluan untuk masa hadapan, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.
Berucap di sidang digital DewiDigi semalam, beliau menambah bahawa pandemik Covid-19 telah menekankan pentingnya rombakan digital kerana pendigitalan telah membantu peniaga meneruskan perniagaan dalam keadaan yang tersekat semasa wabak itu berlaku.