Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengangguran belia pada 2022 paling rendah dalam 24 tahun, mungkin kerana pemulihan sektor runcit dan F&B: MOM

Mar 16, 2023 | 07:08 PM



PENGANGGURAN belia menjunam ke paras terendah dalam 24 tahun pada 2022, sebahagiannya disebabkan oleh pengambilan pekerja selepas sekatan di kalangan kedai runcit dan makanan dan minuman yang kembali pulih selepas pandemik Covid-19.



Kadar pengangguran bagi warga Singapura dan pemastautin tetap berumur 15 hingga 24 tahun hanya 5.9 peratus, turun daripada 7.3 peratus pada 2021 dan titik terendah sejak 4.3 peratus yang dicatatkan pada 1997.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pada Rabu (15 Mac0 bahawa pengangguran yang rendah tahun lepas boleh mencerminkan banyaknya pekerjaan sambilan atau sementara dalam sektor dengan halangan kemasukan yang rendah, seperti runcit serta makanan dan minuman, memandangkan kini sekatan Covid-19 telah dilonggarkan.



Golongan yang masih belajar atau dalam latihan dan tidak mencari pekerjaan tidak dikira dalam tenaga buruh belia.



Laporan pasaran buruh setahun penuh MOM untuk 2022 juga mendapati kira-kira 40 peratus pekerja belia berada dalam jawatan sementara atau pekerjaan kontrak, yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang bekerja secara sampingan.



Ia menyatakan bahawa 27 peratus daripada semua orang muda yang bekerja juga berada di sekolah atau bercuti dari kelas.



Pekerja sepenuh masa membentuk kira-kira 73 peratus daripada semua belia pemastautin yang bekerja pada Jun 2022, kata laporan itu, sambil menambah:



“Apabila belia mendapat pekerjaan, mereka berkemungkinan berada dalam jawatan sepenuh masa. Bahagian ini tidak berubah dengan ketara dan setanding dengan tahap prapandemik pada 2018 dan 2019."



Keperluan berbeza golongan muda dalam pasaran pekerjaan kebiasaannya mendorong kadar pengangguran mereka lebih tinggi berbanding kelompok usia yang lain.



Pada satu pihak, terdapat graduan baru memasuki pasaran buruh ketika Singapura beralih daripada wabak itu, manakala golongan muda lain meneroka pilihan yang berbeza untuk mencari pekerjaan yang sesuai.



Namun yang lain sering berpindah antara kerja sementara atau sambilan semasa belajar. Ini selaras dengan apa yang dialami negara lain, tambah MOM.



Namun begitu, kadar pengangguran 5.9 peratus pada 2022 adalah jauh lebih rendah daripada kemerosotan sebelumnya, seperti 8.8 peratus yang dilihat semasa krisis kewangan global pada 2009, kata MOM.



Singapura juga bernasib baik tahun lalu berbanding negara maju lain seperti Amerika Syarikat, yang mencatatkan kadar pengangguran belia hampir 10 peratus, atau Finland, di mana kadarnya melebihi 16 peratus, pada 2021, kata kementerian itu.



"Pengangguran belia kebanyakannya adalah tempoh peralihan dan jangka pendek," tambah MOM.



Belia menganggur jangka panjang, yang merujuk kepada mereka yang menganggur selama sekurang-kurangnya 25 minggu, membentuk 0.5 peratus daripada tenaga buruh belia pada 2022.



Ini adalah lebih rendah daripada krisis sindrom pernafasan akut teruk 2003, krisis kewangan global 2009 dan pada 2019 sebelum wabak melanda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >