Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

NIAGA KAIN DI ARAB STREET TERUS SEPI

Peniaga jadi tukang swab sambilan 3 kali seminggu

Oct 15, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK ini telah memaksa pemilik kedai kain Mahaco Impex Silk Shop, Cik Jasbir Kaur, keluar mencari kerja sambilan.



Beliau telah mengikuti pelbagai kursus keselamatan dan bekerja dalam bidang itu buat seketika, sebelum bertukar menjadi tukang swab tiga kali seminggu.



Ini terpaksa dilakukannya demi menambah pendapatan setelah perniagaan di kedai kainnya merosot 90 peratus disebabkan Covid-19.



Beliau mempunyai tiga kedai di Kampong Glam, tetapi satu daripadanya, Asian Silk, telah ditutup beberapa bulan lalu setelah penjualan di kedai itu terjejas teruk.



Cik Kaur, yang telah berniaga kain di kawasan itu sejak 30 tahun lalu, juga telah terpaksa menghentikan dua pekerja untuk bertahan, dan baki dua yang bekerja di kedainya kini termasuk seorang warga Malaysia.



Ditanya apakah beliau akan perlu gulung tikar jika keadaan ini berterusan, Cik Kaur, 62 tahun, berkata beliau akan cuba bertahan selama mungkin.



"Saya masih buka kedai setiap hari tapi saya perlu keluar melakukan kerja lain juga.



"Saya terpaksa melakukan begitu kerana pekerjaan itu memberi saya gaji yang lebih baik.



"Ini kerana penjualan di kedai sangat rendah, kadang kala tiada penjualan langsung dalam satu hari.



"Saya kasihankan kakitangan saya jadi kami cuba sedaya upaya untuk bertahan.



"Lagipun, kita tak tahu, mungkin pelancong akan kembali dalam masa satu atau dua tahun akan datang dan perniagaan akan kembali rancak," katanya.



Selain menjual kain di kedai, Cik Kaur juga menawarkan fabriknya di dalam talian dan mempunyai pelanggan yang membeli dari luar negara.



"Tapi fabrik kita perlu lihat dan sentuh. Bagi pelanggan saya di luar negara, saya akan menghantar sampel kain untuk mereka belek sebelum buat keputusan membeli. Dulu mereka datang ke kedai saya," kata Cik Kaur yang melihat penjualan menerusi kaedah itu turun sejak pandemik ini melanda.



Sebelum krisis ini, pelanggan Cik Kaur terdiri daripada kedua-dua pelancong dan penduduk tempatan.



"Pelanggan tempatan saya rata-rata merupakan orang Melayu. Dengan sekatan ke atas pelbagai sambutan dan majlis perkahwinan, orang ramai memilih untuk tidak membuat baju baru dan pakai sahaja pakaian mereka daripada tahun-tahun sudah. Saya tidak menyalahkan mereka dan faham akan cabaran yang dihadapi," kata Cik Kaur.



Beliau bagaimanapun berharap, apabila sempadan dibuka dan pelancong mula masuk, dan majlis perkahwinan serta acara boleh dihadiri lebih ramai orang, pelanggan akan kembali ke kedainya.



"Buat masa ini saya cuba kekal yakin," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >