Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

LAPORAN KHAS: SEMPADAN DARAT SG-M'SIA DIBUKA SEMULA

Peniaga JB harap pelawat S'pura rancakkan semula bisnes

Apr 02, 2022 | 05:30 AM



PENIAGA di Johor Bahru mengalu-alukan pelawat Singapura berbelanja di sana dengan pembukaan semula sempadan darat antara negara ini dan Malaysia mulai semalam.



Ini setelah lebih dua tahun perniagaan di seberang tambak bergelut dek pandemik Covid-19.



Antara mereka yang terjejas teruk sejak Koswe ditutup pada Mac 2020 ialah pemilik kedai makan B.Point, Encik Ali Liyakathali, yang berkata perniagaannya hampir "tenggelam" kerana tiada pelanggan.



"Sejujurnya, memang tidak ada orang datang ke sini. Orang Malaysia juga kurang lalu di sini. Memang tempat ini hidup kerana fokusnya ialah pelawat Singapura. Lokasinya juga berhampiran pusat imigresen JB," katanya apabila ditemui Berita Harian semalam.



Kedai makan 24 jam itu sangat terkenal dalam kalangan pelawat Singapura yang sering singgah di situ sebelum menyambung perjalanan ke destinasi lain.



Menurut Encik Ali, sejak pandemik itu melanda kedainya dibuka kurang 11 jam setiap hari kerana tiada permintaan.



"Sehari saya boleh dapat sekitar RM20 hingga RM100. Memang sangat susah kalau dibandingkan dengan pendapatan sebelum Covid.



"Kakitangan juga berkurangan daripada 15 pekerja kepada empat sahaja sekarang," katanya dengan nada sedih.



Encik Ali berharap dengan pembukaan semula sempadan darat, pelanggan lamanya akan kembali.



"Saya sangat rindu pelanggan Singapura dan saya juga tidak sabar ingin melihat lebih ramai datang dan kembali ke sini.



"Saya hanya ingin suasana 24 jam itu hidup balik" ujar beliau.



Seorang pengurup di kawasan itu yang ingin dikenali hanya sebagai Encik Ahmed, bagaimanapun, berkata beliau ingin memantau keadaan terlebih dahulu sebelum membuka perniagaannya sepanjang 24 jam seperti dulu.



"Kami sudah berkali-kali diberitahu tentang pembukaan sempadan darat tetapi setiap kali ia memberi harapan palsu.



"Oleh itu, kami akan lihat dulu kemasukan pelawat Singapura ke sini dan sesuaikan bisnes kami mengikut permintaan nanti," kata Encik Ahmed, yang kedai tukar wangnya itu kini dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.



Perniagaan di Pasar Larkin Sentral juga terjejas dek pandemik Covid-19, dan semasa lawatan BH ke situ semalam, hampir separuh kedai di tingkat dua tutup.



Antara kedai yang buka ialah kedai fesyen Muslimah Chaniago Collection milik Cik Zuhelmi Zubir, 38 tahun.



Beliau berkata banyak kedai di situ ditutup kerana tidak untung, dan kadar sewa pula tidak dikurangkan.



"Lokasi tempat ini lebih menarik bagi warga Singapura yang ingin bertukar bas untuk pergi ke daerah lain di Malaysia.



"Oleh kerana mereka tidak dapat masuk, kami turut terjejas. Pelanggan di Malaysia pula lebih suka membeli barang begini dalam talian," katanya, yang sudah berniaga di situ selama 16 tahun.



Cik Zuhelmi berharap kemasukan semula pelawat Singapura dapat menyemarakkan kembali suasana di situ.



"Kami berharap dengan adanya mereka di sini, mereka dapat membantu bisnes yang masih ada dan kami juga boleh meningkatkan lagi perhubungan dengan mereka," kata beliau sambil tersenyum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >