Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

'Peniaga Melayu harus mula teroka industri ekonomi mesra alam'

Pejuang kemampanan: Sekarang terdapat banyak sokongan pemerintah dan peluang yang boleh dimanfaatkan
Jan 25, 2021 | 05:30 AM



Perubahan iklim yang semakin ketara dan impaknya terhadap kehidupan manusia telah mencetus lebih banyak idea perniagaan lebih inovatif. Malah, peluang dalam industri sekitaran dan kemampanan kini terbuka lebih luas, didorong trend pengguna yang semakin berubah. BERITA HARIAN mengetengahkan beberapa profil dalam industri itu.



EKONOMI mesra alam, atau green economy, menyajikan banyak peluang bagi masyarakat Melayu sedang trend pengguna berubah ekoran kesedaran semakin meningkat tentang isu sekitaran, kata pejuang kemampanan Farah Sanwari.



Cik Farah, 32 tahun, perhatikan sekarang terdapat lebih banyak minat daripada masyarakat umum mahupun perniagaan terhadap sektor kemampanan dan sekitaran, dengan lebih ramai orang menceburi bidang seperti urban farming, atau bercucuk tanam dalam bandar.



Ini berdasarkan pengalamannya mengendalikan perusahaan sosial Sustainable Living Lab selama tujuh tahun serta sebagai pengasas kumpulan sukarelawan sekitaran FiTree, yang menggalak masyarakat Islam lebih peka tentang alam sekitar.



Antara projek Cik Farah yang paling menarik perhatian semasa beliau di Sustainable Living Lab ialah menghapus budaya 'beli dan buang' di Singapura - Repair Kopitiam - hingga beliau memenangi Anugerah RakanEko Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 2019.



Semasa dihubungi, Cik Farah berkata sekarang terdapat banyak sokongan dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga untuk menceburi ekonomi mesra alam.



Ekonomi mesra alam merujuk kepada ekonomi yang bermatlamat mengurangkan risiko sekitaran dan mencapai pembangunan mampan tanpa menjejas sekitaran.



"Kita sekarang dapat lihat ada banyak sokongan dan galakan daripada pemerintah kepada ekonomi mesra alam dan cucuk tanam dalam kawasan bandar, antara lain.



"Dari sudut dasar, saya rasa ini satu perkembangan menggalakkan. Jadi di peringkat masyarakat, atau bawah, kita perlu merancakkan lagi inisiatif (hijau) kerana kita tidak mahu industri ini bersifat top down, atau dipandu pihak atasan ke bawah sahaja.



"Jadi bagi saya, keadaan ini memberi motivasi yang cukup untuk usahawan meneroka industri ini.



"Pada masa sama, perniagaan perlu jelas tentang matlamat mereka dan harus ada wawasan tentang masa depan yang ingin dicapai.



"Inilah yang menjadikan industri ini unik dan lain (daripada yang lain), kerana ia banyak berkait dengan masa depan kita," ujar lulusan jurusan rekaan industri Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.



Menurut beliau, banyak perubahan sudah dilihat dalam industri ini.



"Sejak empat atau lima tahun lalu, kita mula melihat persaingan perniagaan yang mempunyai matlamat tertentu.



"Misalnya, produk atau khidmat yang lebih bertujuan menghuraikan masalah yang ada dalam masyarakat, seperti isu sosial dan kesihatan mental," terangnya.



Ini banyak didorong oleh trend global, permintaan dalam negara dan sikap pengguna yang semakin berubah.



Lantaran itu, kata Cik Farah, adalah semakin penting untuk peniaga Melayu mula menerokai industri itu bagi mengikuti perkembangan dalam pasaran.



"Sektor ini akan menjadi semakin penting kerana masa depan akan memerlukan kita memikirkan tentang kemampanan.



"Model perniagaan juga telah berubah kerana sudah ada permintaan kuat daripada pengguna tentang produk dan khidmat lebih mesra alam, dan dunia juga semakin ke arah itu.



"Misalnya, pengguna kini sudah bijak dan peka tentang isu sekitaran lantas mencari produk yang direka daripada bahan mesra alam atau disumber secara beretika," ujar beliau.



Cik Farah menambah bahawa memandangkan lama-kelamaan trend--trend lain akan menjadi semakin ketara maka adalah penting untuk peniaga mengambil tahu trend makro dan apa yang menjejas pasaran Asia Tenggara.



Dalam terus menggalak dan memupuk kesedaran tentang isu sekitaran dalam masyarakat Melayu/Islam, FiTree - yang dalam proses pendaftaran menjadi pertubuhan tidak mencari untung - merancang meluaskan usahanya hingga ke luar negara untuk melibatkan masyarakat Muslim lebih luas.



Matlamatnya ialah mendekati lebih ramai di Asia Tenggara, di Indonesia dan Malaysia, umpamanya.



"Kita harus mengambil peluang mengetengahkan isu sekitaran di pentas lebih luas dan mencari ruang kerjasama antara pertubuhan.



"Kita harus melangkah melebihi inisiatif seperti membeli straw besi kepada isu lebih besar seperti rantai nilai perniagaan dan ekonomi kitaran," tambah Cik Farah.




PERLU FIKIR TENTANG KEMAMPANAN 



"Sektor (mesra alam) ini akan menjadi semakin penting kerana masa depan akan memerlukan kita memikirkan tentang kemampanan. Model perniagaan juga telah berubah kerana sudah ada permintaan kuat daripada pengguna tentang produk dan khidmat lebih mesra alam, dan dunia juga semakin ke arah itu.

Misalnya, pengguna kini sudah bijak dan peka tentang isu sekitaran lantas mencari produk yang direka daripada bahan mesra alam atau disumber secara beretika"

- Cik Farah Sanwari, pengendali perusahaan sosial Sustainable Living Lab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >