PENYEWA runcit yang tidak berdagang dan khidmat perubatan di premis milik syarikat amanah pelaburan hartanah SPH REIT tidak perlu membayar sewa bagi bulan April dan Mei.
Ini sedang entiti pelaburan harta tanah itu memperluas skim bantuan bagi penyewa, menyusuli langkah pemerintah melanjutkan tempoh pemutus rantaian jangkitan hingga 1 Jun ini.
Dalam satu kenyataan, penyewa yang layak menerima skim itu akan menerima bantuan yang diperluas itu termasuk rebat yang sudah diperuntuk pada Februari dan Mac.
Ini bermakna jumlah rebat keseluruhan yang diterima penyewa, secara purata, adalah bagi tempoh 2.3 bulan, yang semuanya dibiayai syarikat itu.
Tambahan pula, SPH Reit yang memilik pusat beli belah Paragon, The Clementi Mall dan The Rail Mall di Singapura berkata bahawa rebat cukai harta tanah yang diterimanya daripada pemerintah turut disalurkan kepada penyewa.
Penyewa runcit dan khidmat perubatan yang layak menerima rebat itu akan menerima rebat 100% untuk membiayai cukai harta tanah sementara penyewa pejabat menerima rebat 30%.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg