Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Permohonan Giro boleh dibuat dalam talian, jimat masa dari tiga minggu ke beberapa minit

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Permohonan Giro boleh dibuat dalam talian, jimat masa dari tiga minggu ke beberapa minit

Nov 08, 2021 | 12:59 PM

PERMOHONAN bagi Giro akan dapat dilakukan menerusi wadah digital sepenuhnya tanpa perlu mengisi borang kertas.

Di bawah khidmat eGiro dilancarkan Persatuan Bank Singapura (ABS) pada Isnin (8 Nov), ia membolehkan pengguna melakukan proses permohonan dengan pantas dan selamat dalam beberapa minit berbanding tiga minggu jika menggunakan borang kertas.

Buat tahap permulaan, eGiro ditawarkan oleh lapan bank utama dan 13 organisasi yang menerima bayaran bil dalam segmen perniagaan berbeza seperti khidmat awam, insurans dan khidmat pembayaran, menurut kenyataan ABS.

Bank-bank yang turut serta ialah DBS/POSB, UOB, OCBC, Maybank, HSBC, Standard Chartered, Bank of China dan Industrial and Commercial Bank of China.

Organisasi yang menerima bayaran bil menerusi eGiro termasuk Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF), GrabPay, Singtel Dash, iFast, Diner’s Club, Fwd Insurance dan Etiqa Insurance Singapore.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3