Topik diikuti
Pergi ke BHkuProgram tampilkan 10 wanita berjaya disiar di YouTube
Pemilik Restoran Desa Kartika antara usahawan mapan kongsi pengalaman

PAHIT MANIS BERNIAGA: Cik Rosnani Gani berbesar hati dipilih sebagai satu-satunya wanita Melayu yang diketengahkan dalam program yang bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat umum. - Foto JOHARI RAHMAT
Oct 23, 2015 | 5:30 AM
Program tampilkan 10 wanita berjaya disiar di YouTube
PAHIT manis berniaga yang dilalui oleh usahawan mapan, Cik Rosnani Gani, akan ditampilkan dalam satu program bersiri dalam talian sempena sambutan SG50.
Program bertajuk Wanita Luar Biasa Hari Ini yang akan mula disiarkan di YouTube pada 7 November ini menampilkan 10 wanita daripada pelbagai industri.