SATU rangka kerja kemahiran baru bagi karyawan kewangan telah dilancarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Institut Perbankan dan Kewangan (IBF) semalam.

Rangka kerja Kemahiran dan Kecekapan Teknikal Kewangan Mampan itu mengetengahkan 12 kemahiran teknikal dan kecekapan yang diperlukan individu melakukan peranan dalam kewangan mampan, dan meliputi pelbagai topik tematik dan pengetahuan fungsi.