Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

BAKAT PENDUKUNG SEKITARAN

Rasa ada peranan peribadi jaga alam sekitar

nea
Jan 26, 2021 | 05:30 AM



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengagihkan enam biasiswa kepada kumpulan pertama di bawah biasiswa Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)-industri, bagi perusahaan perkhidmatan persekitaran (ES). Diperkenalkan Februari tahun lalu, ia bertujuan memilih golongan bakat muda yang cemerlang dan berhasrat mempunyai kerjaya dalam sektor kejuruteraan, persekitaran terbina dan sains di politeknik atau ITE setempat. Baru-baru ini BERITA HARIAN berpeluang mewawancara beberapa individu tersebut. Ikuti laporan ini.




BERSEMANGAT tentang alam sekitar, Danish Sirhan Zulkifli merasakan bahawa beliau mempunyai tanggungjawab peribadi untuk terus menjaga alam sekitar dan menyumbang kepada kelestariannya.



Ingin menjadi sebahagian daripada usaha membina Singapura menjadi lebih bersih dan inklusif, beliau berharap dapat menyumbang kepada sektor Perkhidmatan Alam Sekitar (ES) pada masa depan untuk mereka peralatan dan huraian baru bagi meningkatkan kecekapan kerja dan proses pembersihan.



Danish antara kumpulan pertama daripada enam pelajar lain daripada ITE dan politeknik yang mendapat biasiswa Anugerah NEA-Industri yang dilancarkan pada Februari lalu.



Biasiswa itu bertujuan memilih golongan bakat muda yang cemerlang dan berhasrat mempunyai kerjaya dalam sektor kejuruteraan, sekitaran terbina dan sains di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) setempat.



Walaupun industri ini sering dikaitkan dengan kerja yang 'kotor', terutamanya industri yang melibatkan perkhidmatan pembersihan, anak muda berusia 17 tahun ini berkata ini stereotaip yang harus diubah.



"Kerja yang dilakukan oleh ramai dalam industri ini bukan sesuatu yang buruk. Mereka hanya melakukan kerja mereka sebaik mungkin untuk memastikan Singapura sentiasa bersih.



"Jika mereka yang bekerja dalam industri ini tidak ada, mungkin Singapura tidak bersih seperti kita lihat di tempat-tempat awam ataupun di kawasan perumahan kita," kata pelajar tahun kedua Nitec dalam Teknologi Mekanikal, di Kolej Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Timur.



Melahirkan perasaan bersyukur mendapat biasiswa ini, anak bongsu daripada tiga orang beradik ini berkata ia dapat banyak membantu keluarganya dari segi kewangan.



Danish berkata walaupun ibu bapanya masih bekerja, ia akan dapat membantu mengurangkan beban bagi keluarganya menampung kos pengajian sekolahnya.



"Memang ibu bapa saya masih bekerja tetapi saya rasa dengan biasiswa ini, mereka tidak perlu mengeluarkan banyak wang untuk pembelajaran saya.



"Dengan wang tambahan yang ada sekarang mereka mungkin boleh menyalurkannya untuk perkara lain seperti simpanan mereka," kata Encik Danish.



Ditanya mengenai rancanganya setelah tamat pengajiannya di ITE, Danish berkata beliau merancang meneruskan pembelajaran di politeknik dalam bidang kejuruteraan.



Tambahnya, dengan bon bersama syarikat RS Facilities Services Pte Ltd selama dua tahun setelah tamat pengajian, beliau berharap dapat menyumbang kembali kepada syarikat itu dengan kemahiran yang akan dipertingkatkan.



"Saya sebenarnya berminat mereka mesin atau peralatan yang baru untuk membantu para pembersih meningkatkan kecekapan mereka ketika bekerja.



"Dalam masa akan datang, saya berharap dapat menjadi seorang jurutera yang bukan hanya dapat mereka peralatan yang baru untuk pembersih di syarikat itu, malah lebih ramai orang lain," ujarnya.




"Kerja yang dilakukan oleh ramai dalam industri ini bukan sesuatu yang buruk...

Jika mereka yang bekerja dalam industri ini tidak ada, mungkin Singapura tidak bersih seperti kita lihat di tempat-tempat awam ataupun di kawasan perumahan kita."

- Danish Sirhan Zulkifli, pelajar tahun kedua Nitec dalam Teknologi Mekanikal, di Kolej Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Timur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >