Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Keruntuhan kripto 'Terra': Dagangan kripto bukan untuk pelabur kecil

Jun 26, 2022 | 05:30 AM



KERUNTUHAN mata wang kripto TerraUSD yang dianggap stabil bulan lalu menyebabkan negara-negara tergesa-gesa meningkatkan perlindungan terhadap para pelabur.



Di Singapura, lebih 1,000 warga Singapura yang melabur dalam mata wang kripto kehilangan keseluruhan nilai mata wang mereka selepas kejadian itu.



Laporan polis telah dibuat terhadap firma Terraform Labs, sebuah syarikat berdaftar di bawah rangkaian blok Terra dan mata wang kripto, TerraUSD dan Luna.



Para pelabur di dunia kehilangan lebih AS$40 bilion ($55.6 bilion) dalam sekelip mata setelah kripto ini runtuh.



Akibatnya, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, memberi amaran bahawa para pelabur runcit atau kecil-kecilan tidak harus terlibat dalam mata wang kripto.



Menyatakan demikian, Encik Heng, berkata aset kripto seperti mata wang kripto dan token tidak mudah alih (NFT) sentiasa berubah dan berisiko tinggi.



"Pelabur runcit, khususnya, seharusnya tidak terlibat dalam mata wang kripto.



"Kami tidak dapat menekankan ini dengan lebih tegas lagi," ujar Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi semasa pembukaan sidang puncak kedua Asia Tech x Singapore di hotel The Ritz-Carlton Millenia Singapore, anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (Imda) baru-baru ini.



Encik Heng menarik perhatian bahawa aset kripto telah menarik banyak minat kerana pertumbuhannya yang luar biasa dan menjanjikan pulangan yang tinggi.



Berbanding aset kewangan tradisional seperti stok dan bon yang meningkat atau merosot berdasarkan keuntungan atau nilai syarikat, mata wang kripto tidak mempunyai asas dan tidak dikawal oleh pihak berkuasa.



Penyertaan dalam mata wang kripto didorong oleh pelabur yang tidak ingin kalah lalu mengambil risiko melabur secara spekulatif.



Keruntuhan TerraUSD didakwa memantau nilai dolar Amerika dan disokong rizab dolar tetapi ia tidak diaudit.



Oleh kerana dagangan mata wang kripto ini tidak dikawal, terdapat dakwaan berlaku dagangan rekaan dan manipulasi pasaran.



Memberikan amaran kepada pelabur, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan bahawa jika pelabur berdagang dalam produk yang tidak dikawal, pelabur tidak akan dilindungi oleh peraturan yang ditadbir oleh MAS.



Dagangan kripto ini tidak sesuai untuk pelabur runcit. Ia mempunyai sedikit atau tiada nilai intrinsik dan sukar untuk dinilai.



Ketidaktentuan harga mereka juga boleh turun naik secara meluas.



"Pelabur mesti bersedia untuk kehilangan lebih daripada jumlah yang dilaburkan kerana sifat pinjaman (leverage) derivatif seperti dagangan hadapan,'' ujar MAS.



Senarai yang perlu diawasi:



  • Lindungi diri anda.

  • Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan:

a) Dapatkan perkhidmatan kewangan daripada orang atau entiti yang dikawal selia;

b) Pastikan anda memahami sepenuhnya manfaat dan risiko produk atau perkhidmatan sebelum membuat komitmen;

c) Nilai sama ada produk atau perkhidmatan memenuhi keperluan anda.



Sentiasa:



  • Tanya penjual seberapa banyak soalan yang anda perlukan untuk memahami sepenuhnya peluang pelaburan dan tahap kerugian yang perlu anda tanggung terutamanya untuk produk berleveraj;

  • Semak sama ada maklumat yang diberikan oleh penjual mengenai dirinya atau skimnya adalah benar;

  • Semak dan pertimbangkan semua pendedahan risiko yang berkaitan dengan pelaburan;

  • Sahkan, sebelum melabur, kelayakan penjual atau wakilnya dengan menyemak Direktori Institusi Kewangan, Pendaftar Wakil dan Senarai Peringatan Pelabur MAS.


AMARAN DPM HENG

"Pelabur runcit, khususnya, seharusnya tidak terlibat dalam mata wang kripto. Kami tidak dapat menekankan ini dengan lebih tegas lagi.''



AMARAN MAS

"Pelabur mesti bersedia untuk kehilangan lebih daripada jumlah yang dilaburkan kerana sifat pinjaman (leverage) derivatif seperti dagangan hadapan.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >