Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Kadar faedah kian naik... rancang dulu sebelum buat komitmen jangka panjang

Siap hadapi kos pinjaman bertambah - dari perumahan, ubah elok hingga kereta
May 22, 2022 | 05:30 AM



SETELAH Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat meningkatkan kadar faedah yang terbesar sejak 22 tahun lalu bagi membendung inflasi baru-baru ini, ia juga mempengaruhi kadar pinjaman di Singapura.



Kadar tersebut telah meningkat, lantas meningkatkan kos pinjaman bagi semua jenis pinjaman dari perumahan, ubah elok hingga kereta.



Lihat sahaja kadar pinjaman perumahan - ia telah meningkat sejak enam bulan lalu.



Kadar pinjaman bagi pakej perumahan kadar tetap untuk dua tahun telah meningkat mencapai 2.25 peratus bulan ini, berbanding 1.15 peratus pada Disember tahun lalu, menurut firma broker pinjaman rumah Redbrick Mortgage Advisory.



Bagi kadar tetap tiga tahun, ia mencecah 2.5 peratus bulan ini dari 1.15 peratus pada Disember lalu.



Pinjaman perumahan dengan kadar terapung (floating) yang dikaitkan dengan Kadar Tawaran Antara Bank Singapura (Sibor) selama tiga bulan juga meningkat kepada 1.05 peratus dari 0.43 peratus.



Dengan inflasi meningkat, langkah bank pusat meningkatkan kadar faedah dilakukan bagi membendung kenaikan itu.



Ini lebih-lebih lagi sedang ekonomi dunia termasuk Singapura terus dibuka setelah pandemik Covid-19 semakin pulih.



Bank-bank pusat di dunia telah meningkatkan kadar faedah bagi membendung permintaan pengguna dan meredakan inflasi.



Inflasi meningkat disebabkan gangguan bekalan makanan dan elektrik yang semakin memburuk akibat perang di Ukraine.



Langkah Fed meningkatkan kadar faedah sebanyak separuh peratusan mata baru-baru ini dipantau dengan teliti disebabkan Amerika merupakan ekonomi terbesar dunia.



"Terdapat jangkaan kadar faedah akan meningkat sejak inflasi telah mula naik,'' kata ketua penyelidikan dan runding cara ERA Realty, Encik Nicholas Mak.



Kesan kenaikan kadar faedah ini terhadap warga Singapura turut diutarakan di Parlimen baru-baru ini.



Soalan itu dikemukakan oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



Menjawab, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, berkata:



"Satu segmen keluarga, terutama mereka yang mempunyai pinjaman tinggi, akan lebih terjejas. Mereka harus mendekati bank untuk meneroka pembiayaan semula pinjaman dan huraian pembayaran semula.



"Bagi pemilik flat HDB, MAS (Penguasa Kewangan Singapura) telah bekerja sama dengan MND (Kementerian Pembangunan Negara), HDB (Lembaga Perumahan dan Pembangunan), MOM (Kementerian Tenaga Manusia) dan institusi kewangan untuk membentuk langkah campur tangan sebelum pembayaran lewat berlaku.''



Mereka boleh meminta agar bank menyusun semula pinjaman, membuat rujukan awal kepada agensi khidmat sosial dan dalam kes-kes tertentu, membantu mereka mendapatkan perumahan alternatif apabila rampasan akibat tidak dapat membuat bayaran tepat pada masa tidak dapat dielakkan.



"Setiap orang harus berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman baru. Keluarga dan perniagaan harus membuat perancangan jika kadar faedah meningkat lagi, dan memastikan keupayaan mereka untuk membayar pinjaman mereka sebelum membuat komitmen kewangan jangka panjang tambahan,'' tambahnya.




UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI



"Satu segmen keluarga, terutama mereka yang mempunyai pinjaman tinggi, akan lebih terjejas. Mereka harus mendekati bank untuk meneroka pembiayaan semula pinjaman dan huraian pembayaran semula... Setiap orang harus berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman baru. Keluarga dan perniagaan harus membuat perancangan jika kadar faedah meningkat lagi, dan memastikan keupayaan mereka untuk membayar pinjaman mereka sebelum membuat komitmen kewangan jangka panjang tambahan.''
- Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, semasa bercakap di Parlimen baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >