Topik diikuti
Pergi ke BHkuRisiko harga rumah merosot sedang inflasi naik

PERLU SEDAR RISIKO: Perumahan di Singapura terus menarik pelabur kebelakangan ini, sedang tekanan inflasi disebabkan faktor luaran semakin meningkat disebabkan konflik Russia-Ukraine dan situasi pandemik di rantau ini. - Foto fail
May 11, 2022 | 5:30 AM
Risiko harga rumah merosot sedang inflasi naik
MESKIPUN hartanah kediaman di Singapura boleh dikatakan terlindung daripada inflasi dalam jangka masa panjang - mungkin sekurang-kurangnya selama sedekad - pelabur perlu sedar kemungkinan risiko harga merosot dalam tempoh jangka pendek sementara inflasi terus meningkat.
Tambahan lagi, membeli rumah apabila harga pasaran berada di tahap tinggi boleh membuah hasil berbeza dari segi keuntungan, menurut analisis Institut Hartanah dan Kajian Bandaran (IREUS).