Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura naikkan ramalan pertumbuhan ekonomi 6%-7%

Aug 11, 2021 | 08:41 AM



Singapura telah menaikkan ramalan pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini kepada 6 peratus hingga 7 peratus, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI). 



Ini berikutan prestasi lebih baik yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini di samping perkembangan terkini ekonomi luaran dan domestik. 



Ramalan pertumbuhan rasmi sebelum ini yang dibuat pada November tahun lalu, adalah di antara 4 peratus dengan 6 peratus. 



Perangkaan MTI menunjukkan ekonomi Singapura tumbuh 14.7 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. Ini juga lebih tinggi daripada pertumbuhan 1.5 peratus pada suku sebelumnya. 



Mendedahkan perangkaan terkini dalam satu sidang media pada Rabu (11 Ogos) , Setiausaha Tetap Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gabriel Lim menjelaskan sementara kes Covid-19 terus meningkat secara global ekoran varian Delta, kadar vaksinasi di ekonomi utama seperti Amerika Syarikat telah membolehkan mereka meneruskan rancangan membuka semula ekonomi.



Ini berbanding ekonomi serantau yang usaha vaksinasi penduduk adalah perlahan lantas menjejas ramalan pertumbuhan. 



“Dalam keseimbangan ini, pemulihan dalam permintaan luar untuk Singapura bagi sepanjang tahun ini berada di landasan yang tepat,” kata Encik Lim. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >