Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lucky Plaza, Masjid Al-Falah bawa kenangan menteri yang pernah tinggal di S'pura

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



LUCKY Plaza banyak menggamit kenangan kepada Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Salahuddin Uno.



Ini kerana beliau pernah mentap di Lucky Plaza Apartment sekitar 25 tahun lalu.



Encik Sandiaga berkata:



"Saya sangat gembira untuk kembali ke Singapura. Ini adalah seperti yang saya katakan beberapa bulan lalu bahawa saya pernah tinggal di Singapura dan saya pernah berada di kawasan kejiranan ini di kawasan yang pernah saya diami di Lucky Plaza Apartment.



"Untuk anda yang sudah biasa dengan Lucky Plaza mungkin tahu bahawa Lucky Plaza amat terkenal pada ketika ini dan ada juga yang kurang mengenalinya. "Tetapi di situlah saya (tinggal) dengan gaji kecil yang saya termampu. Saya bekerja di daerah kewangan.



"Hari ini saya melalui kawasan yang telah banyak berubah sejak 25 tahun dahulu semasa saya tinggal di kawasan ini.



"Tetapi semua ini sentiasa membawa kenangan semasa saya di Singapura. Pagi ini saya bersarapan di luar Lucky Plaza dan makan nasi lemak kerana itulah itulah caranya untuk anda tahu tempat makanan yang enak dengan cepat.''



Encik Sandiaga dilaporkan pernah tinggal di Singapura selama enam tahun dan semasa di sini pada 1993, beliau bekerja di syarikat pelaburan ternama, Seapower Asia Investment Limited, sebagai pengurus pelaburan.



Dengan pengalaman itulah beliau memahami keadaan di Singapura termasuk penduduknya dan dapat mengaitkannya dengan suasana semasa dalam bidang pelancongan.



"Saya pernah tinggal di sini dan saya faham bahawa orang yang tinggal di Singapura tidak semestinya memegang pasport Singapura."



Beliau merujuk kepada penduduk Singapura yang memegang taraf penduduk tetap atau pas kerja yang memerlukan visa untuk melawat Indonesia dan berpotensi untuk diteroka bagi mereka melawat ke Indonesia.



Encik Sandiaga menarik perhatian bahawa, bukan warga penduduk Singapura membentuk 40 peratus pengunjung dari negara ini ke Indonesia.



Selain pernah bekerja di sini, Singapura juga mempunyai sejarah istimewa yang dekat dirinya, kerana di sinilah beliau diijabkabulkan dengan isterinya.



Beliau berkongsi bahawa upacara pernikahannya dengan Cik Nur Asia Uno telah berlangsung di Masjid Al Falah di Orchard Road.



Di laporan laman Tempo, Encik Sandiaga dipetik sebagai sebagai berkata:



"Ini adalah masjid (Al Falah) di mana saya melakukan pernikahan dengan isteri tercinta pada 28 Julai 1996. Masjid ini sangat bersejarah buat kami."



Berkaitan dengan kunjungannya ke Singapura, Encik Sandiaga akur bahawa beliau secara kerap melakukan pertemuan dengan pelbagai industri pelancongan di Singapura untuk melihat keperluan agensi sektor pelancongan untuk membawa pelancong dari Singapura



"Dengan pelbagai kelonggaran yang sudah ditetapkan pemerintah, kami berharap akan membawa banyak pelancong Singapura untuk berwisata ke Indonesia. Harapan kami agar jumlah pelancong asing yang melancong ke Indonesia semakin meningkat bukan sahaja untuk menggerakkan ekonomi masyarakat di samping mencipta ekonomi baru, dan tentunya membuka peluang pekerjaan," katanya.




SARAPAN NASI LEMAK DI LUCKY PLAZA



"Saya sangat gembira untuk kembali ke Singapura. Ini adalah seperti yang saya katakan beberapa bulan lalu bahawa saya pernah tinggal di Singapura dan saya pernah berada di kawasan kejiranan ini di kawasan yang pernah saya diami di Lucky Plaza Apartment.



...Hari ini saya melalui kawasan yang telah banyak berubah sejak 25 tahun dahulu semasa saya tinggal di kawasan ini.



Tetapi, semua ini sentiasa membawa kenangan semasa saya di Singapura. Pagi ini saya bersarapan di luar Lucky Plaza dan makan nasi lemak kerana itulah itulah caranya untuk anda tahu tempat makanan yang enak dengan cepat.''
- Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Salahuddin Uno.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >