Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sekilas

Oct 31, 2020 | 05:30 AM



Exxon Mobil akan buang 14,000 pekerja di seluruh dunia



HOUSTON: Syarikat minyak Exxon Mobil Corp berkata ia mungkin mengurangkan pekerja sedunianya sebanyak 15 peratus dan akan memberhentikan sekitar 1,900 pekerja di Amerika Syarikat, sedang pandemik Covid-19 menjejas permintaan dan harga tenaga.



Exxon, yang pernah merupakan syarikat tersenarai terbesar di Amerika, telah mengurangkan kos ekoran keruntuhan permintaan minyak dan pelaburan tidak tepat pada masanya dalam peluasan perniagaan dan telaga minyak.



Ia berjanji akan memotong lebih AS$10 bilion ($13.7 bilion) tahun ini dalam perbelanjaan projek dan operasi, iaitu sebanyak 15 peratus.



Sekitar 14,000 pekerja secara global, atau 15 peratus, akan kehilangan pekerjaan, termasuk kontraktor, menurut jurucakap Encik Casey Norton. - Reuters.




Bimbang pemerintah campur tangan dalam pasaran hartanah privet



SEDANG sentimen keseluruhan dalam pasaran hartanah Singapura semakin baik pada suku ketiga tahun ini, kebimbangan kian meningkat tentang kemungkinan campur tangan pemerintah bagi hartanah rumah privet.



Demikian satu dapatan Indeks Sentimen Hartanah, yang diterbitkan oleh Hartanah Universiti Nasional Singapura (NUS+RE), yang mewakili Jabatan Hartanah dan Institut Hartanah dan Pengajian Bandar di universiti tersebut.



Tinjauan suku tahunan itu dilakukan ke atas sekitar 40 hingga 50 eksekutif kanan dalam sektor hartanah yang memantau pasaran dengan rapat.



Lebih ramai responden prihatin tentang campur tangan pemerintah untuk meredakan pasaran hartanah perumahan dalam masa enam bulan, dengan jumlahnya meningkat kepada 19.2 peratus pada suku ketiga, daripada 5.8 peratus pada suku kedua.




Pembangunan semula Shaw Tower mula lewat tahun ini



Kerja-kerja ke atas tapak Shaw Tower di Beach Road dijangka bermula lewat tahun ini, dengan pembangunan baru dijangka pada 2024.



Dengan ketinggian hampir 200 meter, pembangunan bersepadu itu akan menawarkan ruang pejabat Gred A, ruang runcit dan makanan dan minuman seluas 450,000 kaki persegi di tingkat bawah.



Satu laporan awal menandakan bahawa tahun siap yang disasarkan ialah 2023.



Lendlease, yang dilantik oleh The Sir Run Run Shaw Charitable Trust untuk menguruskan pembangunan semula itu, berkata Shaw Tower yang baru sudah menerima keizinan perancangan awal daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >