Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

LAPORAN SITUASI PEKERJAAN

Sektor pelancongan berupaya tawar peluang pekerjaan dengan cepat

Sekitar 42 peratus daripada peluang yang ditawarkan termasuk dalam peranan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET)
Sep 08, 2020 | 05:30 AM



MESKIPUN permintaan bagi pekerja berkurangan sepanjang enam bulan lalu, beberapa perusahaan dalam sektor pelancongan berupaya meneroka pasaran dan produk baru dengan cepat.



Menurut Laporan Situasi Pekerjaan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, ini membolehkan perusahaan itu menemui bidang pertumbuhan baru.



Sebagai contoh, beberapa hotel kini menawarkan pakej bagi orang ramai bekerja dari hotel sementara pengendali lawatan menyesuaikan lawatan mereka untuk turut merangkumi topik yang menarik bagi warga setempat.



Sektor mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) pula kian menggunakan wadah alternatif seperti mengadakan acara hibrid serta memanfaatkan teknologi untuk menganjurkan mesyuarat dan persidangan.



Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata: "Perubahan (dalam sektor pelancongan) menampilkan peluang pekerjaan yang baru.



"Misalnya, pengurus acara tradisional kini mendapat permintaan untuk menguruskan acara digital sementara terdapat permintaan tinggi juga bagi individu dengan latar belakang penyiaran serta penghasilan kandungan.



"Ini juga telah mewujudkan peluang bagi pekerja dan mereka yang sedang mencari kerja untuk menceburi kerjaya baru dalam sektor ini dengan bantuan pemerintah." ujarnya.



Malah, individu yang sedang mencari kerja dan berminat menyertai sektor pelancongan atau pekerja dalam sektor itu yang ingin meraih kemahiran baru juga boleh mengikuti pelbagai program Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.



Sejak April, lebih 2,400 peluang pekerjaan, program pelatih, penempatan kerja dan latihan telah ditawarkan oleh lebih 220 syarikat dalam sektor pelancongan.



Sekitar 42 peratus daripada peluang yang ditawarkan itu termasuk dalam peranan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) seperti perancang acara dan persidangan, penganalisis sistem dan eksekutif jualan pemasaran, dengan kebanyakannya merupakan peranan jangka panjang.



Syarikat yang terus mengambil pekerja baru termasuk Marina Bay Sands, Capella Hotel Singapore, Raffles Town Club dan Seletar Country Club.



Antara April dengan Julai lalu, lebih 900 pekerja berjaya mendapat pekerjaan atau memainkan peranan baru dalam sektor pelancongan menerusi program agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), dengan 87 peratus daripada mereka merupakan individu pertengahan kerjaya yang menyertai program penukaran kerjaya.



Sekitar separuh daripada mereka juga berusia 40 tahun dan ke atas.



Mereka yang baru tamat pengajian serta individu pertengahan kerjaya yang sedang mencari kerja dan ingin menyertai sektor pelancongan namun tidak mempunyai pengalaman atau kemahiran yang relevan boleh mengikuti program pelatih atau penempatan kerja SGUnited.



Selain itu, kursus pelancongan di bawah program Kemahiran SGUnited pula menawarkan latihan bagi peranan seperti perancang acara, pegawai concierge, penyelia pengemasan, penyelia atau eksekutif khidmat tamu serta dalam bidang lain seperti pemasaran digital, pemasaran media sosial dan analitik perniagaan.



Menurut Laporan Situasi Pekerjaan MOM, lebih 1,400 pekerja daripada lebih 100 hotel dan syarikat pelancongan telah dan sedang menjalani latihan semula serta dikerah untuk memainkan peranan baru sejauh ini.



Ini dilakukan di bawah dua program untuk meraih kemahiran baru kendalian agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) bagi sektor pelancongan yang diperkenal Februari lalu.



Program itu ialah program raih kemahiran baru dan reka bentuk semula pekerjaan bagi industri hotel serta program raih kemahiran baru pemasaran digital bagi sektor Mice dan pelancongan.



Majikan dalam sektor pelancongan juga boleh memanfaatkan Pakej Sokongan Latihan yang Dipertingkat untuk membolehkan pekerja mereka meraih kemahiran baru dan meningkatkan kemahiran, dengan sekitar 28,000 tempat latihan telah diisi sejauh ini.



Bulan lalu, WSG mengadakan 50 kegiatan pendekatan di serata Singapura yang mendekati sekitar 12,200 orang yang sedang mencari pekerjaan.



Kios Info Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited akan datang akan berlangsung di pusat beli-belah Lot One Shoppers' Mall dan Causeway Point dari 11 hingga 13 September.



Sementara itu, Siri Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited akan datang pula akan diadakan di Oasis Terrace @ Punggol pada 25 dan 26 September.




"Perubahan (dalam sektor pelancongan) menampilkan peluang pekerjaan yang baru.

Misalnya, pengurus acara tradisional kini mendapat permintaan untuk menguruskan acara digital sementara terdapat permintaan tinggi juga bagi individu dengan latar belakang penyiaran serta penghasilan kandungan.

Ini juga telah mewujudkan peluang bagi pekerja dan mereka yang sedang mencari kerja untuk menceburi kerjaya baru dalam sektor ini dengan bantuan pemerintah."

- Cik Josephine Teo, Menteri Tenaga Manusia.



INFOGRAFIK: PELUANG KERJA, PROGRAM PELATIH, PENEMPATAN KERJA DAN LATIHAN SGUNITED DALAM SEKTOR PELANCONGAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >