Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Setelah 162 tahun, Robinsons Singapore 'gulung tikar'

Oct 30, 2020 | 11:38 AM



ROBINSONS Singapore, antara peruncit paling lama beroperasi di negara ini dengan 162 tahun khidmat, akan menghentikan perniagaan sepenuhnya menyusuli kerugian demi kerugian sejak beberapa tahun lalu.



Bagaimanapun, dua cawangannya di  The Heeren dan Raffles City Shopping Centre mungkin akan dibuka untuk beberapa waktu lagi bagi penjualan terakhir.



Menurut laporan The Business Times (BT), pengarah syarikat tersebut telah memulakan proses menghentikan perniagaan secara sukarela.



Robinson & Co (Singapore) mengesahkan demikian dalam kenyataannya Jumaat. 



Pengurus Besar Kanan syarikat itu, Encik Danny Lim berkata: 



"Kami kesal dengan keadaan yang berlaku. Meskipun berdepan dengan cabaran dalam industri ini sejak beberapa tahun lalu, pasukan Robinsons telah bekerja keras untuk menjayakan jenama kami. Bagaimanapun, landskap pengguna yang berubah menjadikannya sukar bagi kami untuk berdaya tahan dalam jangka masa panjang dan pandemik Covid-19 ini telah menyukarkan lagi cabaran yang kami hadapi."



Beliau menambah, merupakan satu penghormatan bagi Robinsons berkhidmat untuk pasaran Singapura dan beliau berterima-kasih kepada pasukan yang begitu berdedikasi serta kepada pelanggan yang telah menyokong syarikat itu sejak sekian lama. 



Kakitangan Robinsons hari ini telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >