SINGAPURA perlu kembali ke landasan yang betul untuk mencapai standard Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) yang tinggi supaya pekerja boleh pulang dengan selamat dan sihat, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.
Berucap pada majlis Anugerah WSH kelmarin, Dr Tan berkata bilangan kematian di tempat kerja dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini amat dikesali kerana siasatan awal menunjukkan banyak kematian itu boleh dicegah dengan mudah.