Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIA lancar kempen global pertama sejak pandemik, sambut penumpang semula dalam penerbangan udara

Oct 25, 2021 | 10:21 PM



SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah melancarkan kempen jenama baru, 'We Look Forward to Seeing You in the Air Again' sebagai satu usaha menyambut kedatangan penumpang semula dalam kembara udara bersamanya.



Ini adalah kempen strategik sejagat SIA yang pertama sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu dan banyak menjejas pelancongan dan sektor penerbangan.



Satu keratan video 30 saat dimuatnaikkan ke laman web SIA serta laman Facebook, Instagram dan akaun YouTube syarikat berkenaan bagi menguar-uarkan kempen jenama ini.



Kempen yang akan dilanjutkan ke iklan cetak juga dapat disaksikan penonton global menerusi kaedah dalam talian dan saluran penyiaran antarabangsa.



"Satu pengalaman kembara yang dinaiktarafkan dengan penerbangan paling banyak dianugerahi di dunia..." itulah pembuka kata di laman SIA mengenai kempen ini.



Menurut laman itu lagi, "Kami telah bersiap sedia bagi kembalinya anda untuk melancong. Daripada inovasi digital yang bermakna ke persepaduan langkah kesihatan dan keselamatan yang teguh di semua titik sentuh, rasakan bebanan komplikasi perjalanan anda diringankan dengan penambahan yang direka dengan penuh ketelitian pemikiran. Kembaralah dengan keyakinan dan minda yang tenang, bersama-sama dengan kami.



"Kami menanti untuk menyambut anda kembali dalam penerbangan kami."



Video ringkas tetapi menarik yang dipaparkan mengikut sekumpulan pengembara di pelbagai peringkat perjalanan mereka dari rumah ke pesawat. Dapat dilihat betapa santainya penumpang yang terapung-apung di udara sepanjang perjalanan di lapangan terbang.



Wajah ceria penumpang yang kemudian duduk selesa dalam pesawat, menikmati khidmat SIA yang bermutu kelihatan di penghujung video ini.



Video ini memberi jaminan penumpang akan terus merasakan pengalaman mengembara yang ditambah nilainya bersama SIA meskipun banyak perubahan dibawa Covid-19.



Menurut satu kenyataan SIA. inisiatif kesihatan dan keselamatan diperkenalkan dengan keselamatan dan kesejahteraan penumpang menjadi keprihatinan, memberi keyakinan dan ketenangan untuk terbang di udara lagi.



Video ini juga memaparkan elemen daripada bunyian identiti baru SIA, the 'Sound of Singapore Airlines', yang berdasarkan motif batik baru khidmat penerbangan ini.



Pengurus Besar Jenama dan Pemasaran, Singapore Airlines, Cik Lau Hui Ling, berkata:



"Dapat difahami rasa teruja orang ramai mengenai pembukaan semula sempadan antarabangsa yang telah lama dinanti-nantikan, dan kebanyakan pelanggan kami sudah teruja dan mula membuat rancangan melancong lagi. Kami faham dalam masa sebegini, sesetengah daripada penumpang mungkin masih prihatin tentang pengalaman dalam pesawat dan di lapangan terbang.



"Dengan video ini, kami berharap dapat meyakinkan semula pelanggan kami bahawa kesejahteraan mereka adalah keutamaan kami yang paling dipentingkan dan kami dengan bersungguhnya menambah pengalaman mengembara dengan keselesaan dipentingkan bagi menyambut pelanggan kami kembali dalam penerbangan ini."



Sejak dimuatnaikkan, video ini sudah ditonton sebanyak 363,000 kali di Youtube, 652,000 kali di Facebook dan hampir 43,000 di Instagram. Ini disusuli dengan komen penumpang yang teruja dan tidak sabar menaiki khidmat penerbangan itu semula.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >