Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S'pura naikkan cukai setem pembeli tambahan, ketatkan had pinjaman bagi redakan pasaran hartanah

Dec 16, 2021 | 02:21 AM



KENAIKAN harga hartanah yang berterusan di sebalik pandemik Covid-19 telah mendorong pemerintah memperkenalkan langkah meredakan pasaran.



Ia merupakan langkah mengejutkan yang akan mendorong pembeli hartanah membeli cukai setem lebih tinggi.



Mulai Khamis (16 Dis), cukai setem pembeli tambahan (ABSD) yang perlu dibayar bagi pembelian hartanah tambahan, sudah dinaikkan. Nisbah Pembayaran Pinjaman Keseluruhan (TDSR) bagi peminjam juga telah diketatkan, manakala pinjaman Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) diturunkan dari 90 peratus kepada 80 peratus dari harga pembelian hartanah.



"Langkah perumahan privet diperkenalkan bagi meredakan permintaan terutama pembelian hartanah bagi pelaburan dari hartanah yang didiami,'' ujar kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dalam kenyataan bersama.



Mereka menambah langkah tersebut bagi perumahan awam dan privet akan menggalak pengguna lebih berhati-hati dalam pengurusan kewangan. Kadar ABSD telah meningkat dari 12 peratus kepada 17 peratus bagi rakyat yang membeli hartanah perumahan, dan dari 15 peratus kepada 25 peratus bagi membeli hartanah ketiga dan selanjutnya. Penduduk tetap (PR) yang membeli hartanah perumahan kedua akan menyaksikan kadar ABSD naik dari 15 peratus kepada 25 peratus.



Jika membeli hartanah ketiga dan selanjutnya, kadar itu naik dari 15 peratus kepada 30 peratus. Warga asing yang membeli hartanah perumahan, akan membayar ABSD sebanyak 30 peratus, naik dari 20 peratus ketika ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >