Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura sokong jadikan Batam jambatan digital
Aug 17, 2019 | 5:30 AM
S'pura sokong jadikan Batam jambatan digital
SINGAPURA menyokong matlamat Batam untuk menjadi jambatan digital antara Singapura dengan Indonesia, menurut Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman ketika berucap sempena lawatannya ke Batam.
Beliau berkata Taman Digital Nongsa, yang dibuka rasmi oleh Menteri Luar Singapura dan Indonesia tahun lalu, telah menunjukkan perkembangan baik.