Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S'pura, UK meterai perjanjian perdagangan digital yang akan memotong kos urus niaga, sokong pekerjaan

Dec 09, 2021 | 08:25 PM



SATU perjanjian perdagangan digital baru bersama Britain telah dimeterai Singapura pada Khamis (9 Disember) yang bermakna warga Singapura tidak lama lagi akan menikmati barangan dan perkhidmatan lebih murah daripada United Kingdom.



Perjanjian Ekonomi Digital UK-Singapura yang akan dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan adalah perjanjian digital pertama Britain dan yang pertama ditandatangani antara negara Asia dengan negara Eropah.



Perjanjian ini akan memacu perdagangan digital yang sedia ada antara Singapura dengan Britain dan menyediakan cabang kerjasama baru bagi perniagaan kedua-dua pihak dan selanjutnya memastikan golongan pengguna menerima khidmat yang lebih baik.



Singapura adalah rakan kerjasama perdagangan dan pelaburan terbesar Britain di Asia Tenggara sementara United Kingdom adalah destinasi pelaburan terbesar Singapura di Eropah.



Teras utama perjanjian baru ini termasuk melanjutkan perdagangan digital hujung ke-hujung, membolehkan data yang dipercayai mengalir dan memudahkan sekitaran digital selamat wujud bagi menggalak penyertaan lebih luas dalam ekonomi digital kedua-dua negara.



Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran, berkata di London bahawa perjanjian ini dibina di atas dasar dan dalam beberapa sudut, mengatasi di luar jangkauan perjanjian yang sedia ada.



"Ia akan menetapkan satu tanda aras sejagat bagi undang-undang perdagangan digital bertaraf tinggi dan memanfaatkan penduduk dan perniagaan di kedua-dua negara kita," jelasnya.



Perundingan dimulakan pada Jun bagi perjanjian ini yang selanjutnya akan berpaksikan perjanjian perdagangan bebas yang sedia ada antara UK-Singapura dan ditandatangani Disember lalu dan dilaksanakan pada Februari.



Perjanjian ini meliputi hubungan perdagangan yang mekar bernilai £17 bilion (S$30.6 bilion). Pada 2019, perdagangan khidmat dua hala melebihi $22 bilion, di mana sekitar 70 peratus daripadanya dapat disampaikan secara digital.



Setiausaha Negara bagi Perdagangan Antarabangsa, Cik Anne-Marie Trevelyan, berkata di London pada Khamis: "Perjanjian termaju dengan Singapura ini menghubungkan dua daripada hab teknologi tinggi paling dinamik dunia dan memainkan peranan sejajar dengan kekuatan kita sebagai pengasas dalam perdagangan digital.



"Dengan rundingan dibuat dalam masa enam bulan sahaja, ia adalah perjanjian perdagangan digital pertama yang ditandatangani negara Eropah dan akan melenyapkan prosedur birokrasi rumit, memotong kos dan menyokong pekerjaan dengan pendapatan yang baik merentasi serata United Kingdom."



Singapura juga telah memeterai perjanjian ekonomi digital serupa: perjanjian kerjasama bersama Chile dan New Zealand serta Perjanjian Ekonomi Digital Singapura-Australia. Ia juga dalam perbincangan dengan Korea Selatan bagi memeterai perjanjian serupa.



Britain dan Singapura juga telah menandatangani tiga memorandum persefahaman dalam pemudah caraan perdagangan digital, identiti digital dan keselamatan siber. Semua ini bertujuan menjadikan transaksi lebih mudah, selamat dan murah serta memacu perniagaan kedua-dua negara.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >