Topik diikuti
Pergi ke BHkuSTB dan aplikasi airasia meterai MOU pacu industri pelancongan

Feb 17, 2022 | 5:30 AM
STB dan aplikasi airasia meterai MOU pacu industri pelancongan
PLATFORM digital airasia dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) akan bekerjasama untuk mempromosi pelancongan ke Singapura dan merintis huraian digital demi mempertingkat pengalaman pengunjung ke negara ini.
Kerjasama itu akan dilakukan selepas satu Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara airasia dengan STB, menurut platform digital itu dan STB dalam satu kenyataan bersama semalam.