Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat asing lihat S'pura lokasi penting bagi jual produk halal

Pasaran makanan halal setempat dianggar bernilai $700j pada 2019
Sep 22, 2021 | 05:30 AM



DI sebalik pandemik Covid-19, syarikat luar negara masih melihat Singapura sebagai lokasi penting bagi memasarkan produk halal mereka kerana ia menjadi 'batu loncatan' untuk menyerantau.



Mereka melihat Singapura sebagai sebuah pusat perniagaan sejagat yang penting yang dapat menjadi penghubung bagi mengeksport produk halal mereka.



"Singapura merupakan pasaran sasaran utama kami yang utama kerana ia merupakan pusat perniagaan sejagat yang mempunyai kepelbagaian yang kukuh. Dengan hubungan kukuh antara pemerintah, Singapura tentunya menjadi pilihan strategik. Kami juga ingin memanfaatkan perjanjian dagangan bebas antara negara," kata pengurus kanan Strategi Perniagaan dan Pembangunan Ghanim International Corporation Sdn Bhd dari Brunei, Cik Fatin Arifin, kepada Berita Harian (BH).



Ghanim merupakan syarikat milik kerajaan Brunei yang dibentuk bagi membantu dalam pemasaran produk halal Brunei.



Cik Fatin berkata Brunei sedang dalam tahap menyiapkan Kemudahan Perkilangan Pembangunan Industri Makanan Brunei (BFID) dan ingin merealisasikan rancangan eksport mereka dan menjual produk makanan keluaran syarikat Brunei di Singapura.



Dengan siapnya BFID, ia ingin membekalkan produk seperti mi, makanan beku, snek dan makanan siap dimakan menjelang Mac tahun depan.



Agensi pelaburan pemerintah Taiwan bagi memasarkan produk pertanian Taiwan, Mitagri Co, juga melihat pentingnya Singapura bagi Taiwan.



"Singapura dan Taiwan telah menandatangani perjanjian dagangan. Kami meletakkan kepentingan terhadap peluang kerjasama dengan Singapura. Singapura juga merupakan negara pengimport makanan yang penting. Ia amat terbuka, matang dan sebuah pasaran antarabangsa. Jadi, kami perlu berada di Singapura dan diiktiraf pelanggan," kata Timbalan Presiden Eksekutif Mitagri, Cik Tracy Tarng, kepada BH.



Mitagri membantu 754 syarikat yang mempunyai lebih 20,000 produk halal dari Taiwan seperti snek, teh, beras, sayur-sayuran dan buah-buahan.



Pasaran makanan halal di Singapura dianggar bernilai $700 juta pada 2019, menurut satu laporan CresentRating dan MasterCard.



Penduduk Muslim berusia 25 hingga 40 tahun merupakan pendorong utama di sebalik pertumbuhan sektor menjamu makanan halal di Singapura, dengan perbelanjaan per kapita tahunan mencecah $1,177.



Pasaran halal di dunia pula dijangka mencecah AS$2.3 trilion ($3.1 trilion) menjelang 2024, dengan pertumbuhan kukuh dilihat di negara-negara Asia Tenggara, kata firma runding cara perniagaan DinarStandard and gerbang berita SalaamGateway.com.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Halal Limited, Cik Dewi Hartaty Suratty, sebelum ini berkata jumlah produk yang disahkan halal tahun lalu bertambah 5 peratus, meskipun di tengah pandemik Covid-19.



Malah, jumlah permohonan oleh syarikat luar negara yang ingin mendapatkan pensijilan halal menerusi Warees Halal meningkat seganda sepanjang 10 tahun lalu.



"Kenaikan jumlah permohonan sejak sedekad lalu sebahagian besarnya disebabkan permintaan meningkat bagi makanan halal (didorong jumlah penduduk Islam yang lebih ramai), perkembangan ekonomi di China dan keyakinan pada jenama halal Singapura," kata Cik Dewi.



Menyedari terdapat permintaan bagi syarikat luar untuk memasarkan produk halal di Singapura, syarikat tempatan, Hao Mart, yang mempunyai cabang halal, Hao Halal Hub, telah melabur $20.3 juta bagi membeli sebuah bangunan untuk menempatkan gudang menyeluruh meliputi bilik beku, pejabat dan ruang pameran produk antarabangsa seluas 200,000 kaki persegi di Changi South Street 1.



Daripada jumlah itu, 80,000 kaki persegi atau keseluruhan tingkat tiga bangunan itu diperuntukkan bagi produk halal, kata Naib Presiden Hao Halal Hub, Encik Ronnie Faizal Tan.



"Kami ingin menghimpunkan dan memasarkan produk-produk halal dari luar negara di satu bumbung. Ketika ini, kami mempunyai 8,000 produk dan merancang meningkatkannya kepada 60,000 dalam tempoh 18 bulan mendatang,'' kata Encik Faizal.



Firma itu mempunyai 11 pasar raya Hao Halal Hub yang menjual produk halal antarabangsa.



Mitagri dan Ghanim, misalnya, telah bekerjasama dengan Hao bagi membawa produk-produk keluaran Taiwan dan Brunei untuk dijual di Singapura.




"Singapura merupakan pasaran sasaran utama kami yang utama kerana ia merupakan pusat perniagaan sejagat yang mempunyai kepelbagaian yang kukuh. Dengan hubungan kukuh antara pemerintah, Singapura tentunya menjadi pilihan strategik. Kami juga ingin memanfaatkan perjanjian dagangan bebas antara negara."
- Pengurus kanan Strategi Perniagaan dan Pembangunan Ghanim International Corporation Sdn Bhd, Cik Fatin Arifin.



"Singapura dan Taiwan telah menandatangani perjanjian dagangan. Kami meletakkan kepentingan terhadap peluang kerjasama dengan Singapura. Singapura juga merupakan negara pengimport makanan yang penting. Ia amat terbuka, matang dan sebuah pasaran antarabangsa. Jadi, kami perlu berada di Singapura dan diiktiraf pelanggan."
- Timbalan Presiden Eksekutif Mitagri, Cik Tracy Tarng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >