Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat media dan hiburan WarnerMedia buka hab serantau di S'pura

Sep 24, 2021 | 04:37 PM



SYARIKAT media dan hiburan raksasa WarnerMedia membuka hab serantau barunya buat Asia (kecuali China dan Jepun) di Singapura pada Jumaat (24 September).



Pejabat di 1 Fusionpolis Walk, Solaris@one-north South Tower itu dirasmikan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Pembentukan hab ini adalah isyarat usaha menyepadukan perniagaan WarnerMedia di rantau ini, termasuk pengendalian jenama Warner Bros., HBO dan Turner. Hab ini juga menempatkan platform penstriman baru HBO Max, yang dijangka melancarkan pasaran Asia pertamanya pada masa akan datang. 



Kata Pengarah Urusan WarnerMedia bagi India, Asia Tenggara dan Korea, Encik Clement Schewebig: "Pejabat baru terunggul ini benar-benar menakjubkan. Lebih daripada setakat ruang kerja baru, ia menyatukan perniagaan paling luar biasa daripada perniagaan kami yang berkepelbagaian - daripada Wizarding World (Harry potter) kepada Looney Tunes, Game of Thrones dan Wonder Woman - di bawah satu bumbung buat julung-julung kalinya.



"Kini dengan adanya kami di Singapura, kami telah lama menyokong ekosistem yang agak besar bagi industri hiburan, penyiaran, penerbitan dan pelesenan. Daripada hab baru kami di Singapura, kami akan teruskan rancangan bercita-cita tinggi kami buat rantau ini."



WarnerMedia berharap dapat menambah sebahagian besar daripada peranan tambahan di Singapura dalam tahun-tahun mendatang, termasuk bagi mereka dalam bidang teknologi apabila syarikat ini menambah tumpuan pada perniagaan penstriman langsung kepada pelanggan yang diketuai Amit Malhotra, Pengarah Urusan bagi HBO Max di Asia Tenggara, India dan Korea.



"Sedang kami bersedia melancarkan HBO Max dalam pasaran Asia pertama kami, kami akan membangun legasi kisah menarik WarnerMedia dan memperkenalkan pengalaman serba baru penstriman buat peminat kami di rantau ini," ujar Encik Malhotra pula.



Menurutnya, ruang pejabat baru di Singapura yang dijadikan ibu pejabat serantau adalah latar paling tepat bagi kerja inovatif dijalankan menjelang pelancaran wadah penstriman ini.



Dalam lawatan ke pejabat itu, Cik Teo bertemu kakitangan WarnerMedia yang terdiri daripada warga muda Singapura yang berbincang tentang pengalaman awal mereka dalam industri media.



Turut serta dalam lawatan itu adalah Ketua Eksekutif Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), Encik Lew Chuen Hong.



Encik Lew berkata:



"Kami teruja Singapura menjadi 'rumah' bagi Hab Asia baru WarnerMedia. Terdapat potensi meluas di rantau ini dan hab baru ini memberi isyarat peranan utama Singapura dalam perancangan peluasan WarnerMedia.



"Peluang menarik akan dijana buat bakat media dan ekosistem lebih meluas buat kedua-dua Singapura dan di Asia."



Pejabat baru ini seluas 40,000 kaki persegi dan mengisi dua tingkat di Solaris, taman perniagaan teknologi dan media Singapura.



Ruang moden pejabat ini direka firma Singapura, ID21, dan melibatkan sekitaran pascaCovid-19 dan fleksibel yang meraih inspirasi daripada strategi "Pekerjaan Berdasarkan Aktiviti".



Turut serta di sesi pelancaran hab tersebut adalah tetamu khas termasuk sutradara filem, Eric Khoo (Folklore, Food Lore dan Invisible Stories di HBO) dan Ler Jiyuan (Invisible Stories di HBO).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >