WADAH pelaburan digital terkemuka Singapura, Syfe, telah bekerjasama dengan khidmat penghantaran makanan, foodpanda, dan melancarkan bengkel kewangan pro bono untuk 3,000 kakitangan penunggang pertama yang mendaftar untuk menyertai bengkel itu.
Sepanjang bulan Julai dan Ogos, Syfe akan mengadakan bengkel kewangan yang disesuaikan secara eksklusif untuk penunggang foodpanda, meliputi topik pelaburan, perancangan menuju persaraan dan mengurus kewangan peribadi. Penunggang yang berminat boleh menyertai bengkel di pautan berjadual yang dihantar kepada mereka, tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu.