Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Tempoh pemutus litar 'hikmah' bagi dua rakan niaga

Aug 13, 2020 | 05:30 AM



SETELAH bertahun bekerja dengan kedai makanan yang lebih berkonsep Barat sebelum ini, dua milenial ini kembali kepada 'asal usul' - membuka gerai nasi padang mereka sendiri pula.



Encik Mohammad Farid Mohd Yusof, 36 tahun, dan Encik Mohamad Haikal Mohamed, 34 tahun, menubuhkan gerai yang diberi nama Nenda di blok 420A Clementi Avenue 1 bulan lalu dengan tujuan meningkatkan martabat makanan tradisional.



"Kami memilih nasi padang dan nasi ambeng walaupun latar belakang kami dalam makanan Barat kerana kami rasa penting untuk kembali kepada asal usul dan gunakan apa yang kami belajar untuk meningkatkan lagi status makanan tradisional," ujar Encik Farid.



Malah, nama Nenda di sebalik gerai itu juga satu penghormatan kepada datuk nenek mereka, dan menggabungkan resipi turun-temurun daripada dua keluarga pemilik perniagaan itu.



"Nasi padang ialah warisan saya dan sebagai cef, saya ingin teruskan legasi yang diturunkan datuk nenek saya.



"Saya berharap dengan pengamalan saya dalam dapur Barat, saya boleh meningkatkan makanan Melayu ke tahap lebih tinggi," ujar Encik Haikal.



Setelah meraih pengalaman bekerja di bawah orang lain sebelum ini, langkah menubuhkan perniagaan sendiri ialah satu langkah semula jadi bagi dua rakan itu.



Namun, konsep menjual nasi padang merupakan sesuatu yang baru bagi mereka.



"Kami sudah biasa dengan konsep restoran Barat yang menghidang makanan dengan cantik atas pinggan.



"Kini lebih kepada gaya bufet. Kami perlu menyesuaikan operasi kepada suasana yang 'baru' ini," kata Encik Haikal.



Beliau dan Encik Farid mengambil masa sekitar setahun untuk merancang penubuhan gerai itu.



Malah, tempoh pemutus litar Covid- 19 pada April hingga Jun lalu tidak menghambat semangat mereka untuk meneruskan usaha membuka perniagaan baru itu.



"Circuit Breaker kerana Covid-19 sebenarnya satu hikmah untuk kami.



"Kami ambil masa setahun untuk merancang tetapi lepas kami letak jawatan daripada pekerjaan kami, proses itu jadi lebih cepat. Sejak itu, kami tahu ia sesuatu do or die (bertakat atau lingkup)," ujar Encik Farid.



Dalam tempoh dua bulan, mereka mencari tempat yang sesuai, menghalusi resipi dan membuat pemasaran.



Mereka juga mendapatkan nasihat ibu bapa, datuk dan nenek serta saudara-mara mereka.



Malah, mereka juga mendapatkan bimbingan daripada pemilik Gerai Nenek Obek di Geylang Serai, yang murah hati memberi nasihat dengan tujuan membantu masyarakat melestarikan tradisi dan budaya, kata Encik Farid lagi.



Sejauh ini, dua rakan niaga itu juga terharu dan tidak menjangka sambutan menggalakkan daripada pelanggan di peringkat awal penubuhan gerai itu.



Ada yang datang sejauh kawasan timur Singapura untuk menjamu selera di gerai baru itu.



Encik Farid dan Encik Haikal merancang menawarkan hidangan lebih tradisional yang mungkin kurang didapati di Singapura pada masa depan.



Mereka juga bercita-cita membuka cawangan baru atau meningkatkan taraf Nenda kepada restoran 'semi fine dining'.



"Buat masa ini kami memberi tumpuan memperkukuh asas kami agar kami boleh menawarkan pengalaman lebih menarik kepada pelanggan dan masyarakat," ujar Encik Haikal.




"Circuit Breaker kerana Covid-19 sebenarnya satu hikmah untuk kami. Kami ambil masa setahun untuk merancang tetapi lepas kami letak jawatan daripada pekerjaan kami, proses itu jadi lebih cepat. Sejak itu, kami tahu ia sesuatu 'do or die' (bertakat atau lingkup)." - Encik Mohammad Farid Mohd Yusof, rakan niaga gerai 'Nenda'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >