Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Teroka peluang baru digital antara fokus cerahkan ekon S'pura

Ini antara lima saranan Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST) yang bertujuan bawa visi Negara Bijak ke peringkat sejagat
May 18, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA boleh mewujudkan peluang baru tanpa batas yang diwujudkan hasil digitalisasi bagi dimanfaatkan rakyat dan firma.



Ia merupakan antara lima saranan utama dibentangkan pasukan Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST) yang juga bervisi membawa aspirasi Negara Bijak ke peringkat sejagat.



EST dibentuk oleh Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat di bawah Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC) semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) Mei tahun lalu bagi mengenal pasti perubahan trend yang berlaku akibat Covid-19, kesannya terhadap Singapura dan bagaimana Singapura dapat melabur dalam bidang baru.



Dipengerusikan bersama oleh Menteri Pembangunan Negara Encik Desmond Lee dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan PSA Encik Tan Chong Meng, EST membentangkan laporannya semalam yang sudah diterima oleh FEC.



Bagi menguji idea-idea yang dikemukakan itu, EST telah merintis kerjasama sektor awam dan swasta, Pakatan Bertindak Bersama (AfA) sehingga terbentuknya sembilan AfA dalam pelbagai bidang.



Hasil awal yang menggalakkan yang ditunjukkan AfA itu mendorong EST untuk menyarankan agar AfA diinstitusikan.



"Kami akan menginstitusikan dan mengembangkan AfA sebagai cara pantas dan fleksibel dalam melaksanakan rombakan industri,'' kata Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras Bagi Dasar Ekonomi dalam sidang akhbar diadakan dalam talian semalam.



Beliau menambah bahawa Covid-19 telah mencetuskan banyak perubahan yang memerlukan negara ini membuat penyesuaian pantas.



Sebanyak sembilan AfA itu meliputi bidang digitalisasi dalam rantaian bekalan, kemampanan, digitalisasi dalam binaan, e-dagangan bijak, robotik, pengalaman pelawat inovatif dan selamat, teknologi pendidikan (edutech), teknologi perubatan (medtech) dan teknologi pertanian (agritech).



AfA membangunkan prototaip dan mengembangkannya jika berjaya bagi merealisasikan visi jangka panjang ditetapkan dalam bidang masing-masing.



Menggariskan peluang digitalisasi semalam, Encik Lee berkata Singapura boleh menyediakan khidmat digital dalam bidang yang menjadi kekuatan Singapura.



"Kita sentiasa mencari jalan bagi ekonomi kita untuk melampaui batas fizikal kita - sebagai hab udara utama, pusat maritim antarabangsa, hab untuk perkhidmatan kewangan dan profesional, dan pintu masuk yang dipercayai ke Asia. Kita harus melakukan hal yang sama di alam maya,'' ujar laporan EST itu.



Dengan visi membawa aspirasi Negara Bijak ke peringkat sejagat, EST berkata perniagaan perlu pantas menjual produk dan khidmat mereka ke luar negara agar mereka dapat berkembang dan mewujudkan pasaran baru.



Ia mengenal pasti digitalisasi e-dagangan dan rantaian bekalan sebagai antara bidang yang boleh dilaburkan.



Bidang pelancongan 'bijak' boleh dimulakan dengan penggunaan teknologi, manakala pekerja boleh menjalani latihan dalam talian.



Membentangkan saranan kedua, EST berkata Singapura boleh menjadi pusat kemampanan dengan menjadikannya hab dagangan dan khidmat karbon serta membangunkan pasaran karbon.



Penggunaan teknologi pertanian makanan boleh menjamin keselamatan makanan di negara ini tetapi EST berkata bidang agritech juga boleh menimbangkan mengeksport makanan dihasilkan di sini.



EST berkata ia amat penting melahirkan lebih banyak syarikat setempat yang besar yang dapat menyejagat. Untuk itu, Encik Heng berkata Singapura harus terus terbuka dalam menerima bakat asing dan pada masa sama pekerja tempatan ditingkatkan kemahiran mereka.



"Dalam tahap rombakan ekonomi mendatang, usaha sama pemerintah, perniagaan dan kesatuan sekerja penting bagi mengenal-pasti bidang baru. Jika kita boleh bekerjasama menyokong pekerja dan perniagaan bagi manfaatkan peluang itu, kita dapat wujud lebih kukuh bersama,'' kata Encik Tan pula.




LIMA SARANAN UTAMA



  • Wujudkan bidang digital baru yang tidak punyai batas

  • Manfaat peluang pertumbuhan dalam kemampanan

  • Lahirkan lebih banyak firma besar yang inovatif di peringkat sejagat dan wujudkan pekerja Singapura yang kukuh

  • Institusikan AfA

  • Kukuhkan kerjasama antarabangsa

Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >