Topik diikuti
Pergi ke BHkuTerpilih antara 5,500 ejen sebagai pakar jual rumah mewah
Masuk kumpulan berprestij Luxury Real Estate hasil usaha sama PropNex dengan Jones Lang LaSalle
Jan 27, 2016 | 5:30 AM
Terpilih antara 5,500 ejen sebagai pakar jual rumah mewah
BEBERAPA ejen Melayu/Islam merupakan antara 202 ejen PropNex Realty daripada 5,500 ejen yang dipilih menjadi kumpulan pakar dalam penjualan rumah mewah di Singapura yang boleh bernilai antara $5 juta dengan $50 juta.
Mereka akan membentuk kumpulan di bawah identiti 'Luxury Real Estate - in Partnership with JLL' hasil usaha sama PropNex dengan Jones Lang LaSalle (JLL), salah sebuah firma runding cara hartanah sejagat.