Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiga bank M'sia batal rancangan bergabung
CIMB, RHB Capital, Malaysia Building Society gagal capai kata sepakat wujudkan urus niaga yang dapat tingkat nilai kepada pemegang saham

Jan 15, 2015 | 5:30 AM
Tiga bank M'sia batal rancangan bergabung
CIMB Group Holdings dan dua bank domestik lebih kecil, RHB Capital dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB), telah membatalkan rancangan bergabung, menurut satu kenyataan bersama semalam.
Jika ketiga-tiga institusi itu digabungkan, ia akan mewujudkan kumpulan perbankan terbesar di Malaysia dengan aset bernilai AS$190 bilion ($253 bilion), melebihi Malayan Banking Bhd, dan menjadikannya bank keempat terbesar di Asia Tenggara.