SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

TransferWise diberi jenama baru Wise, gajikan lebih 70 pekerja di S'pura

TransferWise diberi jenama baru Wise, gajikan lebih 70 pekerja di S'pura

Feb 22, 2021 | 6:15 PM

TransferWise diberi jenama baru Wise, gajikan lebih 70 pekerja di S'pura

Foto FACEBOOK WISE
Foto FACEBOOK WISE -

FIRMA bayaran digital yang berpangkalan di Britain, Transfer Wise, mengumumkan pada Isnin (22 Februari) tentang rancangan penjenamaan semulanya menjadi Wise serta peluasan pejabat di Singapura bagi membangun jejak serantaunya.

Lebih 70 kakitangan di Singapura akan digajikan bagi peranan termasuk peluasan, kejuruteraan, produk dan operasi di ruang pejabat yang lebih besar ini. Bilangan pekerja ini akan menambah jumlah kakitangan yang kini mencecah sekitar 150 orang.

Perkembangan ini juga berlaku dengan Asia Pasifik menjadi rantau di mana teknologi kewangan (fintech) paling pesat berkembang.

Dalam satu kenyataan media yang ditukil akhbar The Business Times (BT), Wise berkata kehadirannya yang diperluas membolehkan firma ini memberi khidmat lebih baik buat pelanggan serantaunya, perniagaan dan rakan kerjasama bank serta memacu pertumbuhan perniagaan menembusi pasaran baru.

Ketua Peluasan Asia Pasifik Wise, Encik Venkatesh Saha, memberitahu BT, ekonomi serantau kini berada di barisan depan inovasi khususnya dari segi bayaran.

"Kita hanya perlu lihat pada ledakan kaedah pembayaran seperti GoPay di Indonesia, PayMaya di Filipina dan bKash di Bangladesh bagi menyaksikan trend ini. Apa yang unik di sini adalah inovasi dalam pembayaran bukan setakat dari bawah ke atas tetapi dari atas ke bawah dan dibangunkan pemerintah yang sedang memodenkan prasarana domestiknya bagi menjadikan pembayaran dibuat segera dan lebih memudahkan pelanggan," katanya.

Antara contoh lain termasuk PayNow di Singapura dan DuitNow di Malaysia. Bagaimanapun, tidak seperti Eropah, kebanyakan inovasi di sini berlaku pada peringkat domestik, lantas membiarkan masalah rentas sempadan kebanyakannya tidak disentuh, jelas Encik Saha. - The Business Times

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg