Topic followed successfully
Go to BHkuTukar kerja ke kejururawatan demi berbakti pada orang sakit
Premium
Tukar kerja ke kejururawatan demi berbakti pada orang sakit
Lulusan hartanah cekal hati ubah bidang lepas lihat jururawat gigih bantu arwah bapa
Feb 1, 2021 | 5:30 AM
Tukar kerja ke kejururawatan demi berbakti pada orang sakit
KEJAR CITA-CITA: Encik Mohamad Zaid Rahmat menyertai Program Penukaran Profesional (PCP) bagi Jururawat Berdaftar (Sarjana Muda) untuk membuat peralihan kerjaya demi mencapai cita-cita menjadi jururawat. - Foto PUSAT ALICE LEE UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA (NUS) BAGI PENGAJIAN KEJURURAWATAN -
Yang seorang menukar kerjaya ke sektor penjagaan kesihatan demi mencapai impian menjadi jururawat. Seorang lagi tidak melepaskan peluang kerja sambil berlatih untuk membina kemahiran dan menimba pengalaman. Ikuti kisah mereka yang memanfaatkan program bagi membuat peralihan kerjaya dan menjalani latihan di tempat kerja ini.
SEMASA menuntut di universiti dalam bidang hartanah, Encik Mohamad Zaid Rahmat pernah terfikir mahu menukar jurusan pengajiannya kepada kejururawatan.

