Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Usaha baru bantu perniagaan kecil di Boon Lay dakap kemahiran e-dagang

Jan 09, 2022 | 07:46 PM



CIK Aisha Mohamed Sanif yang memiliki kedai makanan beku, Peti Sejuk, di Pusat Beli-Belah Boon Lay, akur warga senja takut untuk tinggalkan rumah mereka untuk membeli-belah sewaktu pandemik.



"Mereka lebih suka mendapatkan bantuan anak-anak mereka untuk membeli dalam talian untuk dikirimkan ke rumah mereka," jelas Cik Aisha kepada akhbar The Straits Times.



Beliau membuka kedainya pada Julai 2020.



Justeru, apabila beliau dengar tentang inisiatif kejiranan, iShop@heartlands tahun lalu, beliau langsung mendaftar untuk menjadi sebahagian daripadanya.



"Saya mahu raih ilmu baru daripada belia untuk meneroka dan memperluas perniagaan saya menerusi e-dagang," kata Cik Aisha yang berhasrat membantu golongan warga senja dan individu berpendapatan rendah di kawasan barat Singapura untuk meraih akses mudah pada makanan beku halal.



Inisiatif yang dimulakan dan dibiaya Dana Pembangunan Manusia, Institut Pengurusan Singapura itu dilancarkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, di Pusat Beli-Belah Boon Lay pada Ahad (9 Januari).



Projek ini digerakkan dengan kerjasama Persatuan Peniaga Boon Lay, badan pertubuhan belia Belanja Singapore dan Pusat Keusahawanan Kejiranan Singapura (Heartland Enterprise Centre Singapore). Mereka berhasrat memperluaskannya ke kejiranan lain jika berjaya.



Di majlis pelancaran itu, Encik Lee, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perpaduan Khidmat Sosial dan Anggota Parlimen GRC West Coast, berkata kedai kejiranan adalah bahagian ikonik dan penting Singapura.



Encik Lee juga menekankan bahawa belia adalah pengguna asli digital dan mereka berharap belia yang terlibat dalam menggunakan pengalaman bekerja sambil belajar ini untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai ruang digital bersama peniaga kejiranan ini.



"Pada pihak lain, peniaga kejiranan kita mempunyai pengalaman berdekad lamanya. Mereka telah melihat jatuh bangun, ujian dan kesengsaraan meniaga serta mereka tahu bagaimana menjalankan perniagaan. Kami berharap mereka akan menggunakan peluang ini untuk berkongsi dengan pelajar 'intern' ini kebanyakan daripada pengalaman mereka, ilmu dan kearifan mereka yang tidak semudah itu diajar di sekolah," jelas Encik Lee.



Projek ini disasarkan buat 10 perniagaan daripada sejumlah 107 kedai di Pusat Beli-Belah Boon Lay dengan lima belia dilibatkan dalam program selama enam bulan.



'Intern' ini dibayar gaji bagi program bekerja sambil belajar itu.



Siswa SIM, Encik Gordon Neo, 25 tahun, yang akan membantu Cik Aisha, berkata:



"Saya merasakan ini adalah peluang besar buat saya menyumbang semula kepada masyarakat di mana saya dewasa menerusi perniagaan kecil-kecilan ini dan saya merasakan program ini datang tepat pada masanya sebelum saya tamat pengajian."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >