Topik diikuti
Pergi ke BHkuUsaha kolektif bantu SME manfaat pendigitalan, ubah perniagaan
Mar 10, 2021 | 5:30 AM
Usaha kolektif bantu SME manfaat pendigitalan, ubah perniagaan
SATU usaha kolektif untuk membantu 500 syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk mengubah perniagaan mereka menerusi pendigitalan menjelang akhir tahun depan, telah dilancarkan semalam.
Di bawah program SME Digital Reboot, rangkaian U SME di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan mengenal pasti syarikat-syarikat ini sementara cabang percepatkan inovasi UOB, The FinLab, akan menyediakan sumber untuk menolong mereka melakarkan pelan pendigitalan.