Topik diikuti
Pergi ke BHkuYakin khidmat tetap diperlukan, tapi perlu tingkat kemahiran

SERBA BOLEH: Cik Rohani berpendapat tukang jahit perlu terus mengikuti perkembangan fesyen dan tidak boleh setakat mendapatkan pelanggan daripada bangsa sendiri sahaja, dengan meluaskan jaringan dan mempertingkat kemahiran agar dapat memenuhi pelbagai pelbagai cita rasa pakaian pelanggan. - Foto ihsan ROHANI MATNAWI
Oct 10, 2017 | 5:30 AM
Yakin khidmat tetap diperlukan, tapi perlu tingkat kemahiran
WALAUPUN tidak bekerja di luar rumah, Cik Rohani Matnawi seorang yang sibuk dan mempunyai pelbagai kemahiran.
Selain boleh mengajar bahasa Melayu, beliau jurulatih renang bertauliah, mengambil upah menjahit pakaian serta membuat kuih-muih tradisional Melayu, dan mengadakan kelas menjahit di rumahnya.