Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Zoom bakal bangun pusat R&D di S'pura, gajikan ratusan kakitangan kejuruteraan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Zoom bakal bangun pusat R&D di S'pura, gajikan ratusan kakitangan kejuruteraan

Dec 16, 2020 | 05:53 PM

SYARIKAT teknologi Amerika Syarikat, Zoom Video Communications, akan membuka pusat penyelidikan dan pembangunan di Singapura di mana ia akan menggajikan ratusan kakitangan kejuruteraan utama, jelas firma itu dalam satu kenyataan pada Rabu (16 Disember).

Zoom yang sudah berada di Singapura selama dua tahun akan juga memperluas pusat data lokasi bersamanya di negara ini sebagai sebahagian pelaburan strategik yang membangun di negara ini, tambah firma itu.

Ini bermakna tampungan pusat data di Singapura akan bertambah seganda.

Menurut kenyataan itu lagi, Zoom memilih Singapura kerana "bakat kejuruteraannya yang tiada tandingan" di samping teruja memilih ruang pejabat di sini setelah isu pekerjaan berjauhan dari lokasi pejabat yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 reda.

"Singapura adalah negara properniagaan, mempunyai kedudukan sebagai salah satu negara paling mesra niaga untuk membangun sebuah syarikat dan terus menjadi kegemaran bagi ibu pejabat serantau kerana ia boleh berbangga dengan bakat luar biasanya, prasarana utuh dan menjadi gerbang terbaik bagi mendekati rantau Asia Pasifik yang lebih meluas lagi," kata Presiden Produk dan Kejuruteraan Zoom, Encik Velchamy Sankarlingam.

Beliau menambah pihaknya ingin segera menggajikan pekerja dengan memanfaatkan kelompok bakat kejuruteraan berpendidikan tinggi di Singapura.

"Pusat R&D dan pusat data baru kami akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan antarabangsa berterusan Zoom," tambahnya.

Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Encik Chng Kai Fong, pula menambah:

"Zoom telah mengubah dimensi yang kami fikir mampu dilakukan. Kita boleh bekerja di mana-mana sahaja berbanding daripada sebuah lokasi khusus sahaja...Justeru, saya teruja Zoom akan bekerjasama dengan Singapura bagi membangun pusat R&D dalam meneroka segala kemungkinan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3