KORONAVIRUS
Elak buat kenyataan singgung perasaan kaum lain walau secara privet: Masagos
Turut lancar saluran penyiaran WhatsApp di Forum M3 bagi ketahui perkembangan terkini di M3
Feb 09, 2020 | 05:30 AM
SEBARANG kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat lain, berkaitan dengan kaum dan agama, tidak wajar dikeluarkan walaupun dibuat secara peribadi.
Demikian ditekankan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam sambil merujuk kepada pos kontroversi yang ditulis guru agama setempat Abdul Halim Abdul Karim, baru-baru ini.