Masjid Yusof Ishak jadi tumpuan negara, sebar sifat rahmah
Caption: 
'LALUAN HARMONI': Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim (empat dari kiri), menyertai pemimpin berlainan agama, golongan sukarelawan, penggiat masjid dan akar umbi dengan berjalan kaki sejauh 2.2 kilometer di bawah terik matahari dari Masjid Yusof Ishak ke Champions Way, untuk menyampaikan hamper barangan dapur bernilai $50 kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa di kolong Blok 569A, Champions Way di Woodlands sempena Hari Yayasan Rahmatan lil 'Alamin (RLA) 2017 yang diadakan di Masjid Yusof Ishak semalam. - Foto M.O. SALLEH