Perluasan kuasa polis disaran untuk tangani serangan pengganas
Caption: 
TIDAK BOLEH GANGGU OPERASI KESELAMATAN: Pihak polis mengadakan latihan antipengganasan di Clarke Quay pada 10 November lalu. Rang Undang-Undang Ketenteraman dan Keselamatan Awam (Kuasa Khas), jika diluluskan, akan memberi kuasa kepada polis mengarahkan orang ramai yang berada di lokasi berlakunya serangan pengganas supaya menghentikan perhubungan, termasuk berhenti merakam gambar atau video yang menunjukkan tempat kejadian itu atau menyebarkannya. Mereka juga harus berhenti menyampaikan mesej audio atau teks tentang operasi keselamatan yang sedang berlangsung di tempat kejadian. - Foto fail