'Buatlah kerja seni bersungguh-sungguh dan dengan penuh kejujuran'
Caption: 
"Rakaman pada zaman dahulu memang payah dan memenatkan. Tetapi jika kita lihat kembali pada hasilnya, hingga kini lagu-lagu lama masih tetap baik dan diminati ramai. Kerana apa? Kerana segalanya dilakukan dengan teliti, bermutu, sempurna dan bersungguh-sungguh. Dari melodinya, seni katanya, susunannya dan produksinya, segalanya tidak diambil mudah atau sambil lewa. Inilah yang saya mahukan pada industri muzik Melayu hari ini. Buatlah setanding, atau lebih baik lagi di era teknologi canggih ini.'' - Yusnor Ef (gambar).