PM China temui Presiden Halimah di Istana PM Lee: Manfaatkan dorongan hubungan positif Asean-China
Caption: 
PM China temui Presiden Halimah di Istana ~ PERKUKUH HUBUNGAN: Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, yang berada di Singapura bagi lawatan rasmi, menemui Presiden Halimah Yacob di Istana semalam. Ini merupakan lawatan dua hala pertama Encik Li sebagai Perdana Menteri. Semalam dan hari ini, Encik Li dijadual menghadiri acara berkaitan Asean termasuk Sidang Puncak Asean-China, Asean Campur Tiga, dan Asia Timur. - Foto AFP