Caption: 
MENGINGATI MANGSA: Orang ramai berjalan melepasi jambangan bunga yang disumbangkan warga dan pelancong di luar Kebun Bunga di Christchurch, New Zealand, sebagai memperingati 50 anggota masyarakat Islam yang terkorban pada 15 Mac lalu semasa mereka menjalankan sembahyang Jumaat dalam serangan pengganasan di dua masjid di kawasan itu. Pengganas, seorang warga Australia, Brenton Tarrant, 28 tahun, menghadapi 50 tuduhan membunuh dan 39 percubaan membunuh dan kini sedang direman sementara siasatan dilakukan bagi menentukan dia layak untuk dibicarakan. - Foto AFP