SEMASA membuat persembahan di acara Pesta Malam Singapura (SNF) edisi pertama pada 2008, kumpulan genderang Bloco Singapura mempunyai hanya sekitar 80 anggota.
Namun, persembahan bertenaga kumpulan tersebut, yang ditubuhkan tahun itu, menghiburkan pengunjung pesta hingga mereka diundang tujuh kali seterusnya untuk menyemarakkan lagi pesta tersebut.