10 peratus wanita Asia hidapi masalah endometriosis, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

10 peratus wanita Asia hidapi masalah endometriosis

Nov 21, 2018 | 05:30 AM

SEKITAR 10 peratus wanita Asia menghidap masalah endometriosis pada usia mereka biasa hamil.

Kadar berlakunya kejadian endometriosis meningkat kepada sekitar 40 peratus dalam kalangan pesakit yang menghidap masalah kesuburan.

Menyatakan demikian, Konsultan Obstetrisyen dan Ginekologi di Klinik SOG - Heng Clinic for Women, Dr Heng Tun Lan, berkata sejauh ini masih belum terdapat kajian jumlah pesakit di Singapura berkaitan dengan penyakit tersebut.

"Tapi saya berjumpa dengan dua hingga tiga pesakit yang menghidap endometriosis dalam seminggu.

"Sesetengahnya kes baru dan yang lain merupakan kes susulan dan sedang menjalani perubatan atau selepas menjalani pembedahan," tambahnya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurutnya, Singapura mungkin sedang menghadapi banyak kes endometriosis berbanding generasi sebelumnya memandangkan pusingan haid wanita tidak lagi terjejas sekerap akibat kehamilan memandangkan ramai wanita tidak mempunyai ramai anak dan hanya hamil lewat dalam usia mereka.

"Dan kami seolah-olah menerima lebih banyak kes wanita yang tidak mempunyai anak.

"Genetik memainkan peranan penting dalam jumlah kes endometriosis.

"Wanita yang mempunyai saudara wanita (ibu, adik, kakak atau mak cik) yang menghidap endometriosis lebih berkemungkinan menghidap endometriosis berbanding wanita di mana saudara wanita mereka tidak menghidapnya," kata beliau.

Bagi wanita yang menghidap endometriosis, peluang mereka hamil akan bergantung kepada lokasi sel endometrial mereka berada.

Sekiranya sel-sel tersebut didapati pada ovari atau tiub falopian yang menghadang atau menjejas penghasilan dan saluran telur ke uterus, atau menghalang laluan air mani menerusi servik ke uterus, maka peluang hamil itu lebih rendah.

Mengenai tanda awal endometriosis yang perlu diperhatikan, Dr Heng berkata sesetengah wanita ini akan mengalami sedikit atau tiada simptom langsung tapi simptom paling biasa yang dialami pula ialah kejang semasa haid yang amat teruk, terasa hendak buang air besar atau sakit semasa buang air besar terutamanya semasa kedatangan haid.

Ada juga tanda sakit pelvik yang kronik, dan atau sakit semasa hubungan seks, serta pendarahan yang terlalu banyak semasa kedatangan haid.

Dalam sesetengah pesakit lain, masalah tidak subur mungkin satu-satu simptomnya.

"Sekiranya rasa sakit atau kejang itu amat teruk sehingga menjejas kehidupan harian, dan pesakit tidak dapat meneruskan kegiatannya atau terpaksa mengambil cuti sakit, dan biasanya mengalami rasa sakit semasa kedatangan haid dan pendarahan berlebihan, maka anda patut berjumpa pakar ginekologi," katanya lagi.

Antara salah tanggapan tentang endometriosis ialah ia menjejas hanya wanita yang sudah berusia.

Padahal ia boleh berlaku dalam kalangan wanita pada usia mereka biasa hamil - sejak belasan tahun sehingga 40-an tahun.

Kurangnya kesedaran dan pandangan bahawa masalah kejang semasa kedatangan haid ini akan beransur baik selepas berkahwin atau semasa hamil, boleh menyumbang kepada diagnosis ini dalam kalangan pesakit muda.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map