Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

12 wanita papar kehidupan mereka melalui teater

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MERAIKAN 10 TAHUN WINGS PERKASAKAN WANITA

12 wanita papar kehidupan mereka melalui teater

Oct 06, 2017 | 05:30 AM



SERAMAI 12 wanita daripada pelbagai latar belakang akan menonjolkan bakat berlakon mereka dalam satu pementasan teater Sabtu depan (14 Oktober) yang berkisar tentang kehidupan sebenar mereka.



Pementasan berjudul 'Wanita Wings - Kisah Mereka, Inspirasi Kita' itu diadakan sempena ulang tahun ke-10 Persatuan untuk Inisiatif Wanita bagi Penuaan Berjaya (Wings).



Pertubuhan tidak mencari untung (NPO) itu ditubuhkan pada 2007 dengan tujuan memperkasa wanita supaya melalui penuaan dengan penuh keyakinan.



Ini dilakukan dengan mendorong wanita berusia 40 tahun dan ke atas menjaga kesihatan mereka, tidak bergantung pada orang lain dan berdikari dari segi kewangan.



Wanita Wings digalak kekal aktif dalam masyarakat melalui kerja sukarelawan terutama kepada golongan kurang bernasib baik.



Pelbagai program telah dianjurkan Wings berkaitan kebahagiaan, kesihatan, kewangan dan penjagaan wanita yang baru bersalin.



Wings juga menganjurkan kegiatan seperti ceramah kesihatan, sesi senaman dan kelas kraftangan.



Dalam masa sedekad, Wings telah menjangkau kepada lebih 20,000 wanita.



Pementasan teater yang akan dipersembahkan nanti dijayakan sendiri oleh ahli Wings yang mempunyai kisah menarik dan penuh inspirasi untuk dikongsi.



Cerita yang disampaikan melalui lakonan itu membawa tema kehidupan selepas persaraan, rahsia kebahagiaan, hubungan nenek dengan cucu, membesarkan anak istimewa, cabaran berat badan, mengharungi barah dan bermacam lagi.



"Wings berharap dapat mendorong lebih ramai wanita menerusi pementasan teater ini, dengan menunjukkan erti kegembiraan, mempunyai hubungan bermakna dan menjalani kehidupan baik," kata Presiden Wings, Cik Janice Goh.



Persembahan itu akan diselang-seli persembahan nyanyian oleh artis seperti Rahimah Rahim.



Persembahan teater itu akan diadakan di Teater Resorts World Sentosa dari 8 hingga 9.30 malam.



Tiket berharga $75.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >