Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

3 seniman kongsi rahsia hasilkan lirik yang 'gugah' perasaan, rentas zaman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

3 seniman kongsi rahsia hasilkan lirik yang 'gugah' perasaan, rentas zaman

Nov 09, 2016 | 05:30 AM



BAGI menghasilkan lirik yang 'menggugah' atau membangkitkan perasaan dan kesedaran, perlu ada keikhlasan dalam diri penulis, kata penulis lagu puisi popular dari Indonesia, Ebiet G. Ade.



"Kita perlu ada ketulusan, keikhlasan dan kerendahan hati dalam berkarya serta tetap yakin membuahkan hasil," kata Abiet.



Yang penting, pesan penulis lagu Camellia itu, penulis harus "sentiasa menganggap diri sendiri masih bodoh dan perlu belajar lagi supaya tidak menjadi sombong".



Pesanan itu merupakan antara yang sempat dikongsikan dalam bengkel Alam Penulisan Seni Kata dan Lagu anjuran Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus), sempena Pesta Budaya 2016 yang berlangsung di Taman Warisan Melayu (TWM), baru-baru ini.



Turut diundang bagi mengendalikan bengkel tiga hari itu ialah penggubah dari Singapura, Mohd Khair Mohd Yasin, dan penyanyi daripada kumpulan Kopratasa, Siso, yang kini pensyarah di Kolej Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Malaysia.



Peserta bengkel juga diberi tugasan menghasilkan lirik dan mencari melodinya.



Antara pesanan yang meninggalkan kesan daripada Ebiet:



"Saya tidak minta menjadi popular tapi tidak bisa melawan takdir. Lirik itu bisa membuat orang tergugah. Perlu memelihara kejujuran dalam berkarya."



Mohd Khair yang memulakan sesi pertama bengkel, mengenalkan formula asas dan lanjutan tentang menulis seni kata dan lagu. Beliau turut berkongsi rahsia proses penghasilan karya yang bukan hanya dapat membekas dalam jiwa masyarakat malah bermutu.



Karya yang baik, katanya, adalah yang "dapat melangkah zaman dan bertahan mempengaruhi perasaan dan pemikiran positif masyarakat dan generasi mendatang".



Siso pula mengenalkan pola penulisan yang berbeza seperti puisi, pantun, syair, gaya bahasa yang berbeza, jenis seni kata dan lain-lain lagi.



Menurutnya, pentingnya penyusunan kata-kata yang ringkas, padat dan berkesan dalam penulisan seni kata.



Bengkel tersebut dihadiri 20 peserta yang terdiri daripada pemuzik, penyanyi, penyair dan penulis.



Salah seorang peserta ialah Juara SG Mania 2016, Nana Karia.



"Nana terpanggil mengikuti bengkel ini kerana ingin mendalami cara menghalusi bahasa dalam seni kata dengan lebih terperinci. Dan juga bagi mencari dan berusaha mengenal pasti bagaimana hendak menyatukan bahasa sastera dan bahasa Melayu moden dalam penulisan seni kata dalam lagu dengan lebih berkesan dan indah."



Beliau mengakui rasa beruntung kerana banyak ilmu yang diperoleh dalam masa tiga hari. Bukan sahaja dari segi penulisan bahkan dari segi pengalaman, kehidupan, pemerhatian, pemikiran dan penghayatan.



"Alhamdulillah, saya rasa bertuah sangat dan bersyukur dapat belajar daripada minda hebat seperti abang Khair, abang Siso dan Pak Ebiet.



"Saya amat menggalakkan sesiapa yang berminat mendalami bidang penulisan seni kata lagu, silalah ambil peluang mengikuti bengkel penulisan sebegini pada masa hadapan. Ia amat berguna bukan sahaja untuk insan seni muzik, malah amat relatif buat semua yang meminati dan menyayangi bahasa Melayu," kata Nana.



  • Penulis penggiat penulisan puisi Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >