DATUK Hans Isaac tidak sedikit pun berkecil hati apabila status bujangnya dijadikan bahan sendaan tiga selebriti bergelar 'Datuk' dalam acara anekaragam, Baik Punya Concert 4D, di Istana Budaya, Julai lalu.
Pengarah dan pelakon itu malah sudah bersedia dan berani membalas balik gurauan tentang perihal peribadi Datuk Awie, Datuk Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal apabila mereka berkongsi pentas di Dewan Konsert Esplanade, Sabtu ini.