40 selebriti S'pura, M'sia, Indonesia promosi barangan sendiri di bazar CelebFest
Pakaian rekaan terhad, pertunjukan fesyen, temu artis dan demonstrasi memasak antara daya tarikan
Jun 16, 2016 | 05:30 AM
KESIBUKAN menjaga anak ketiga yang dilahirkan empat bulan lalu tidak menghalang selebriti dan usahawan Norfasarie Mohd Yahya menghasilkan koleksi baju Hari Raya bagi butik dalam taliannya, Style by Norfasarie.
Tahun ini, beliau bekerjasama dengan rakan baiknya, pereka fesyen setempat, Cik Adlina Anis, bagi menghasilkan tiga rekaan baju Raya wanita yang menggunakan kain broked.